Saya

Saya, Rainul Hj. Abd. Rauf, merupakan seorang guru di Maktab Sabah, Kota Kinabalu.  Dilahirkan di Labuan pada Mac 1967.  Merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.  Saya mengajar subjek matematik tambahan.  Pernah menjadi tutor sambilan di Universiti Malaysia Sabah, mengendalikan kelas tutorial subjek matematik kejuruteraan.

Mendapat pendidikan awal di SRK Sungai Anib (Sandakan), SRK Pekan (Labuan) dan SRK Tanjung Aru (Kota Kinabalu).  Menyambung pelajaran tingkatan satu hinggalah tingkatan lima di SMK Sanzac, Kota Kinabalu.  Selepas tamat SPM, saya ditawarkan mengikuti kursus TOEFL di Sekolah Menengah Sains Dungun (Terengganu) dan kemudian dihantar ke Australia mengambil Year 12 (seperti matrikulasi) di Randwick Boys High School (Australia).  Seterusnya melanjutkan pelajaran ke University of Wollongong (Australia), Universiti Malaysia Sabah dan Maktab Perguruan Keningau, semuanya mengkhusus dalam bidang matematik.

Mendirikan rumah tangga dengan yang tersayang, Siti Safurah Hj. Ahmad, pada Januari 1989.  Ya, kahwin muda.  Kami baru berusia 22 tahun ketika itu.  Sekarang isteri bertugas sebagai pensyarah perakaunan di Politeknik Kota Kinabalu.  Dikurniakan lima orang cahaya mata yang sejuk mata memandang, seorang putera dan empat orang puteri.

Matematik merupakan bidang yang amat saya gemari sejak saya di bangku sekolah menengah lagi. Blog ini sekadar usaha kecil saya untuk membantu para pelajar saya dalam bidang matematik.  Semoga ianya dapat dimanfaatkan bersama.  Terima kasih atas kunjungan anda.

%d bloggers like this: