Tingkatan 5 : Kerja Projek Matematik Tambahan 2015

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera,

Berikut dilampirkan Kerja Projek Matematik Tambahan (KPMT) 2015. Pelajar perlu memuat turun soalan kerja projek dan juga rubrik kerja projek.

Kerja projek ini boleh dibuat secara bertaip atau tulisan tangan menggunakan kertas bersaiz A4, dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Boleh dibuat secara individu atau berkumpulan, tetapi pelaporan hendaklah dibuat secara individu. Format pelaporan akan saya terangkan sewaktu pdp nanti.

Sebarang persoalan mengenai kerja projek boleh dikemukakan di sini atau berhubung terus dengan saya. Kerja projek ini hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada Isnin, 15 Jun 2015.

Harap maklum.

Pautan :
1. Soalan KPMT 2015
2. Rubrik KPMT 2015

Posted on May 19, 2015, in Matematik Tambahan. Bookmark the permalink. 71 Comments.

  1. Mohd Farhan Zahri

    Assalamualaikum,saya nak tanya jawapan untuk kerja kursus ini ada?Saya sudah hampir siap…tetapi sebahagian belum siap.Sudah seminggu lebih saya mengusahakan cari jawapa.

    • Cikgu Rainul

      Wa’alaikum salam, Farhan. Kita akan bincangkan bagaimana menjawab setiap bahagian kerja projek dan juga cara melaporkannya sewaktu pdp nanti🙂

      • aslkm .
        ckgu sya nk tnya da kah jaapan mtmtk tmbahan untuk penag 2015

      • ‘Penag’? Jawapan terbuka kerana data setiap sekolah seperti luas kebun, bilangan bangunan dan sebagainya adalah berbeza.

  2. Assalamualaikum…..saya nak tanya jawapan..bab separuh saya tak dapat nak jawab..

    • Cikgu Rainul

      Wa’alaikum salam. Saya hanya dapat memberi panduan cara menjawab soalan. Sebahagian soalan jawapannya terbuka … akan berbeza antara pelajar.

  3. Cigu boleh bgi panduan menjawab? Trima kasih

    • Boleh. Soalan yang mana satu? Nyatakan juga bilangan pelajar, bilangan blok bangunan dan luas kebun yang dibuat. Ini akan membezakan jawapan antara pelajar.

  4. sir bahagian 1 soalan no 1 yg anggarkan luas kebun tu , macam mana ya ? harap dapat bantu saya . thankyou

    • Soalan ini jawapannya terbuka. Kena letak anggaran luas kebun sekolah sendiri. Untuk pelajar-pelajar saya, saya tetapkan semua pelajar ambil luas yang sama, iaitu 1000 meter persegi. Ini memudahkan mereka berbincang kerana data mereka sama.

      Rahmah anggarkan saja luas kebun sekolah Rahmah. Sebarang jawapan yang rasional adalah diterima. Rahmah juga kena tetapkan bilangan pelajar, bilangan blok bangunan dan tarif air. Elok buat berkumpulan dengan data yang sama, tetapi laporan buat masing-masing.

      • So kalau saya letak dalam 60 m² boleh ? Sebab kebun kami bukan lah besar sangat . Part bangunan sekolah tu , semua bangunan yg dalam kawasan sekolah tu ka msti di kira ? Tmsuk dewan kantin , bilik ict and else .
        Tarif air terkini rm0.90 kan ?
        Ukuran bagi bangunan sekolah perlu juga ?

      • 60 meter persegi? Tiada halangan, cuma memang agak kecil. Tapi nak buat macam mana kalau kebun memang tak besar. Tentang bangunan tu, saya cadangkan pilih bangunan utama sahaja seperti empat blok bangunan dengan saiz ukuran setiap satu 15m X 50m. Tarif air terkini tu okay sudah🙂

      • Saya guna 100m² lah .untuk soalan 3 mcm mana nak buat ? Guna index kan ? .

      • Boleh guna janjang geometri sebagai kaedah pertama.

        Gunakan jadual untuk kaedah kedua. Pada jadual ada bilangan pelajar dan jumlah tahunan penggunaan air oleh semua pelajar bermula dari tahun 2014 hingga tahun 2024. Jadual boleh guna perisian Excel jika tahu guna. Kalau tak, kira manual saja.

      • cikgu nak bagi jelas kan macam mana ? untuk soalan no 2

      • Soalan 2 Bahagian 1, atau Soalan 2 Bahagian 2, atau Soalan 2 Penerokaan Lanjutan? Banyak soalan 2 di sini.

      • penerokaan lanjutat dan refleksi

      • Soalan 2 penerokaan lanjutan meminta anda memberi pendapat. Sebarang pandangan yang rasional adalah diterima. Demikian juga bahagian refleksi jawapannya juga terbuka.

  5. Assalamualaikum, Cikgu, bentuk-bentuk tangki yang perlu dikira tu cylinder, cuboid dan lain-lain kan? Kena 3 bentuk jugak kah atau pilih sahaja. Dan kalau perlu 3 bentuk, boleh tak cikgu cadangkan 1 bentuk yg lain-lain tu. Saya agak bingung di sini dan tak tahu formula apa yang perlu digunakan.

    • Wa’alaikum salam Wan. Ya, tiga bentuk tangki termasuk bentuk silinder dan kuboid yang tapaknya segi empat sama. Satu bentuk lagi jawapannya adalah terbuka, boleh pilih apa-apa bentuk. Bentuk lain yang boleh dipertimbangkan ialah bentuk hemisfera, atau bentuk kon dengan bucu ke bawah. Bentuk silinder, kuboid, hemisfera dan kon semua ada rumus isipadunya. Boleh rujuk matematik teras untuk rujuk berkenaan🙂

      • Soalan minta dua kaedah, boleh saya tau cikgu guna kaedah apa untuk mengira bahagian 2 soalan 3?

      • Bahagian 2 Soalan 3 boleh guna kaedah pembezaan dan juga gunakan jadual. Untuk pembezaan, dapatkan luas permukaan minimum untuk setiap bentuk ( dA/dj = 0 ) dan untuk jadual pula boleh buat secara manual atau guna Excel. Dalam jadual ada kolum untuk jejari, ketinggian, isipadu dan jumlah luas permukaan bagi bentuk-bentuk yang berkaitan.

  6. assalamualaikum , yang misi 1 sampai lima tuu kena buat semua ke

    • Wa’alaikum salam. Misi 1 – 5? Seperti tidak berkaitan dengan kerja projek untuk sekolah saya. Mungkin kita dapat kerja projek yang berlainan seperti tahun-tahun terdahulu.

  7. Joel Ignatius

    Salam cikgu, Bahangian 1, 3.a saya tidak sama dengan 3.b saya cikgu? Satu menggunakan nombor indeks, satu lagi janjang. Mmg begitu cikgu? Saya kena bagi alasan kenapa dya tidak sama?

    • Memang possible tak sama, Joel, tapi dekat. Jelaskan saja kenapa ada sedikit perbezaan, seperti soal pembundaran dan lain-lain🙂

      • Joel Ignatius

        Ahhhh ok cikgu, jadi sebagai contoh, saya ada 3 nombor 1000,1030 dan 1061. jadi dengan guna janjang geometri 1030 bahagi 1000 nilai r dya 1.03, tapi 1061 bahagi 1030 nilai r adalah 1.030097087 bundarkan menjadi 1.03. Ini dikira beza jadi saya cerita pasal perbezaan titk perpuluhan lah cikgu?

      • Nilai nisbah sepunya adalah tetap. Yang dibundarkan ialah bilangan pelajar kerana bilangan pelajar tidak mengambil nilai perpuluhan.

  8. Boleh saya dapatkan cara menjawab bagi bahagian 2 soalan 3?
    Saya juga bingung untuk memberikan tajuk apa untuk kerja kursus ini.
    Harap cikgu dapat bantu.🙂

  9. Apa yg perlu sya buat dlam bhagian pengenalan?adkah sya perlu memberikan definisi berkaitan dgn janjang, indeks harga, pembezaan dan sukatan membulat ?

    • Tiada masalah untuk memberikan definisi ringkas berkaitan janjang, indeks harga dan apa-apa yang berkenaan sebagai sebahagian isi pengenalan. Objektif kerja projek dan nilai murni yang diterapkan juga boleh dimasukkan di sini.

  10. Bgaimana hendak mmbuat soalan d bhagian 2 soalan 3 ?

    • Gunakan jawapan soalan 2 bahagian 2 untuk menjawab soalan 3. Mengambil bentuk silinder sebagai contoh, dapatkan rumus bagi isipadu dan luas permukaan silinder, dari sana perlu cari jejari dan ketinggian silinder. Konsep dA/dj = 0 ada digunakan.

      Selain kaedah pembezaan, satu lagi kaedah yang boleh digunakan ialah membuat jadual.

  11. SIti Nur Atikah

    Assalammualaikum , cikgu saya nak tanya yang segi tiga ni saya tak berapa nak faham . Sebab cikgu saya takda nak membuat sebarang perbincangan . DIa hanya suruh kami sekelas cari sendiri dan buad sendiri . Tapi saya faham nak buad macam mnaa .Lagipun cikgu saya hanya beri masa dalam satu minggu untuk buad kerja kursus ini . Maaf ea cikgu mohon diberi penjelasan lebih detail .

    • Wa’alaikum salam. Maaf, saya tak nampak segi tiga dalam kerja projek. Boleh jelaskan. Mungkin kerja projek sekolah kita berlainan.

      • Soalan dia macam ni
        Seorang perempuan tua ingin menyediakan sehelai selimut tradisional untuk cucunya. Dia menggunakan cebisan-cebisan kecil pakaian yang akan dipotong menjadi bentuk segi tiga sama sisi dan di sambung kesemua bentuk itu bersama.

      • Oh, minta maaf. Soalan kerja projek kita berbeza.

  12. cikgu, saya tak tau nak tulis apa bagi soalan penerokaan lanjutan nombor 2 dan 3.
    boleh saya tau apa yang saya perlu tulis atau isi yang perlu ada dalam soalan ni

    • Soalan 2 dan 3 bahagian penerokaan lanjutan sekadar meminta pendapat. Berikan saja pandangan anda. Sebarang jawapan yang rasional adalah diterima.

  13. assalamualaikum. Saya nak minta bantuan, pada soalan 3. Cuboid dan cylinder, dan 1 bentuk lagi. Mohon cikgu berikan cara untuk membuat soalan 3.iii). Saya dah cuba buat menggunakan sfera dan kon, namun saya agak ragu2 dengan jawapan yg saya dapat. Terima kasih.

    • Wa’alaikum salam. Cara membuat soalan 3iii) sama benar seperti menyelesaikan soalan 3i) dan soalan 3ii). Yang membezakan bahagian i), ii) dan iii) ialah rumus yang digunakan kerana bentuk yang berlainan pada setiap bahagian. Tiada masalah mencuba bentuk sfera atau kon atau bentuk-bentuk lain pada 3iii).

  14. Bolehkah cikgu terangkan cara hendak membuat soalan bhagian 2 soalan 3 . Adakah sya perlu membuat pengiraan utk ketiga tiga bentuk tersebut atau adakah sya hanya perlu pilih antara satu bentuk tersebut lalu membuat pengiraan ?

    • Bahagian 2 soalan 3 berkait dengan soalan 2 sebelumnya. Jawapan soalan 2 akan digunakan di sini.

      Ya, perlu membuat pengiraan JUMLAH LUAS PERMUKAAN untuk ketiga-tiga bentuk dan kemudian setiap luas permukaan tadi didarab dengan 70 untuk mendapatkan kos pembinaannya. Perlu buat dua kaedah penyelesaian. Saya sarakan kaedah pembezaan dan jadual.

  15. apa yang perlu dimasukkan dalam refleksi? Boleh tak cikgu cadangkan intipati yg boleh saya masukkan?

    • Pertama, beri pandangan anda tentang langkah kerajaan untuk menjimatkan air daripada 212 liter sehari kepada 180 liter sehari itu. Kedua, nyatakan juga tentang perasaan anda tentang langkah ini. Anda boleh kemukakan pandangan dan perasaan ini dalam bentuk sajak, lukisan kartun dan sebagainya. Tiada jawapan khusus untuk bahagian refleksi.

  16. inta sofea amira

    assalamualaikum cikgu saya seorang pelajar dari penang. guru kami memilih soalan ke 2. boleh cikgu bantu saya

    • Cikgu Rainul

      Wa’alaikum salam. Minta maaf banyak-banyak saya terlepas pandang entri yang ini. Macam tak dapat notification dari emel seperti lazimnya.

      Sekali lagi minta maaf, saya tidak ada soalan ke-2.

  17. haiza zakaria

    cikgu saya x tahu macam mana nak buat kerja kursus nie…tolong saya

  18. boleh tak cg bgi sampel macam mna nk jwb ..kerja kursus addmath

  19. cg bleh tak emelkan sampel answer mcm mne nak jwb
    kerja khusus addmath pahang

  20. Assalamualaikum cikgu, bila ye last hantar projek matematik tambahan ni?

  21. salam cikgu , cikgu ada jawapan untuk negeri sembilan ?

  22. selamat sejahtera cikgu rainul, boleh saya dapatkan jawapan soalan KPMT ini?

    • Selamat sejahtera. Maaf ya lewat reply.

      Skema jawapan tidak disediakan untuk pelajar. Lagi pun banyak bahagian jawapannya adalah terbuka,….bergantung kepada data pelajar itu sendiri🙂

  23. assalammualaikum cikgu . sye pelajar spm tahun 2016 . macam mana nak buat cikgu . sye bebetul x faham . skrg ni tgh cuti sekolah . sye lost n x faham . harap cikgu boleh bantu sye

    • Cikgu Rainul

      Waalaikum salam, Zulaikha. Maaf ya lewat reply. Untuk kerja projek, sebaiknya Zulaikha berbincang dengan guru subjek sekolah sendiri kerana soalan kerja projek berbeza untuk setiap negeri. Saya tak tahu soalan kerja projek Zulaikha. Untuk sekolah-sekolah daerah Kota Kinabalu, kerja projek telah pun siap disemak oleh guru.

      • zulaikha aina

        cepatnya .. ouhh . baik cikgu .

      • zulaikha aina

        assalammualaikum cikgu . sye nak tanya . penghargaan dengan rujukan kene buat kr dalam folio ?

      • Cikgu Rainul

        Waalaikum salam Zulaikha. Penghargaan dan rujukan tak semestinya dalam pelaporan kerja projek, tetapi saya sarankan Zulaikha buat saja. Insya Allah akan membantu juga dari segi pemarkahan kreativiti pelaporan.

  24. assalamualaikum cikgu..cikgu boleh tolong saya tak?untuk soalan pahang..kalau sayaboleh whatsapp cikgu untuk maklumat lanjut

    • Cikgu Rainul

      Waalaikum salam Hilmi. Pelaporan Kerja Projek sebenarnya ada format tertentu dan soalannya juga lazimnya agak terbuka. Saya sarankan Hilmi bertanya dan berbincang dengan guru subjek agar format itu dapat dipenuhi sepertimana yang dia inginkan sepertimana mana saya menetapkan format pelaporan untuk pelajar-pelajar saya. Saya juga mengkhususkan bentuk jawapan yang saya mahu untuk bahagian-bahagian soalan yang terbuka jawapan. Jadi sebaiknya Hilmi berbincang dengan guru subjek agar mendapat yang lebih baik.

  25. cg .. nk tnye .. utk krje kursus addmath bg ujian SEGAK tu ad cth tak ?

  26. salam cikgu,,, blh emel contoh jawapan bagi soalan kek tu.. tq..
    … urgent.. tq jasa baik cgu..

    • Salam. Maaf ya. Skema jawapan terlalu umum bukan untuk pelajar. Ini kerana soalan terbuka, maka jawapan pelbagai kerana data pelajar pelbagai. Guru perlu menyemak mengikut data pelajar yang tak sama antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: