Batch 2014 Berlalu Pergi

5A K

 

My side stories :

Pada 3 Disember 2014, berakhirlah sudah Peperiksaan SPM 2014. Berakhirnya SPM bermakna tamatlah sudah pengajian peringkat sekolah menengah bagi Batch 2014. Batch 2014 berlalu pergi dan saya perlu melepaskan para pelajar 5 Mutiara, 5 Makmur dan 5 Aman 2014 untuk terus melangkah ke hadapan. Ya, perkara biasa yang akan saya lalui setiap hujung tahun.

Dua tahun bersama, banyak perkara suka dan duka dilalui bersama ketiga-tiga kelas ini. Tentu ada perkara yang akan diingat. Setiap batch, bahkan setiap kelas yang saya ajar, dari dulu hinggalah sekarang, mempunyai keunikannya sendiri. Keunikan itulah yang sebenarnya menjadi identiti anda yang menjadi kenangan bagi saya.

Gambar atas : Kelas tambahan bersama Batch 2014.

Satu kejutan besar yang Batch 2014 lalukan terhadap saya ialah ketiga-tiga kelas datang beraya ke rumah saya. Kuat betul azam untuk sampai ke rumah. 5 Aman yang lelaki sanggup naik bas dan kemudian berjalan kaki lagi memanjat bukit untuk sampai ke kediaman saya. Huh! Respect!

Gambar atas : Batch 2014 datang beraya ke rumah.

Sekarang anda semua akan bercuti untuk 5-6 bulan sebelum menyambung semula pelajaran. Manfaatkan sebaiknya waktu cuti yang panjang ini dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Banyak yang boleh dibuat, antaranya, mengemas bilik, belajar memasak, mengambil lesen memandu, mengikuti kursus kemahiran jangka pendek, membuat kelas tuisyen di rumah, membantu kerja rumah adik-adik, membantu guru dengan kelas-kelas bimbingan hujung minggu, balik kampung ziarah datuk nenek dan lain-lain lagi. Nak kerja sementara pun boleh. Carilah kerja yang sesuai dengan fitrah dan minat (dan halal, of course)

Bagi yang muslim, gunakanlah juga waktu cuti ini untuk meningkatkan iman. Bacalah Al-Quran lebih sedikit, hafazlah juzuk 30, hafallah beberapa hadith sahih, buatlah solat sunat dengan masa yang banyak terluang itu, hadiri kuliah agama di masjid/surau. InsyaAllah, habis saja cuti nanti kita sudah menjadi muslim yang lebih baik.

Keputusan SPM 2014 dijangka akan diumumkan pada 3 Mac 2015. Saya yakin sebahagian besar daripada anda akan ke sekolah pada tarikh tersebut. Moga-moga semuanya memperoleh keputusan yang menceriakan anda. InsyaAllah, jika tiada aral, suatu hari kita akan jumpa lagi.

Selamat bercuti dan jaga diri baik-baik ya😉

Posted on December 7, 2014, in My Side Stories. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: