Cerita-Cerita SPM 2014 :)

My side stories :

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera,

Setelah pelajar-pelajar saya dikejutkan dengan soalan ‘durian dan nangka’ dalam kertas Matematik, mereka kemudiannya dikecohkan pula dengan soalan ‘mangkuk’ dalam Matematik Tambahan.  Selesai saja Kertas 2, masing-masing bercerita tentang mangkuk.  Sehinggakan kemudiannya ianya menjadi bahan cerita juga di facebook, sama ada dalam bentuk bertulis mahupun dalam bentuk video.

Namun sebelum itu, apa yang lebih menarik perhatian saya ialah setelah selesainya Kertas 1 Matematik Tambahan, saya dikerumuni oleh ramai pelajar, sangat ramai.  Semua pun berkata dalam nada yang hampir serupa : “Cikgu … soalan 25, suruh cari nilai tapi tiada nombor lain dalam soalan, semua simbol saja.”  Semua bercakap tentang soalan 25, soalan taburan normal piawai yang dilihat lain dari kebiasaan.  Saya tak dapat mengulas ketika itu kerana tak nampak soalan.

Begitulah apabila soalan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) mula bertapak dalam SPM kali ini, pelajar menjadi kecoh sedikit …  perkara biasa apabila merasai perkara baru.

Namun saya bangga dengan semangat juang pelajar-pelajar saya.  Sejak awal lagi saya nampak kesungguhan mereka untuk berjaya dalam subjek Matematik Tambahan ini.  Mereka membuat ulangkaji mengikut teknik yang disarankan, membuat sungguh-sungguh latihan ulangkaji yang diberi dan sentiasa ber-whatsapp dengan saya bertanya kemusykilan yang mereka hadapi.  Ketika peperiksaan, mereka menjawab sepenuhnya mengikut masa yang diperuntukkan tanpa keluar awal, berjuang hingga ke saat-saat akhir.

Salah seorang daripada mereka yang tak pernah lulus subjek ini dalam ujian pernah berkata kepada saya : “Cikgu, saya tahu saya lembab, saya pelajar lemah, tapi saya mahu lulus juga subjek ni dalam SPM.” Itulah semangat juang yang ada pada mereka.  Saya cukup gembira dengan semangat itu.

InsyaAllah, moga-moga keputusan SPM 2014 menceriakan anda semua sebagaimana anda semua telah menceriakan saya dengan semangat juang anda.

Posted on November 23, 2014, in My Side Stories. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: