Faham Adalah Satu Kurnia

My side stories :

Faham

Faham Adalah Satu Kurnia

Baru-baru ini, ketika selesai sesi pengajaran dan pembelajaran di dua buah kelas, terdetik di hati saya untuk bertanya para pelajar di kelas-kelas berkenaan sejauh mana mereka faham apa yang telah saya sampaikan selama ini. Seorang demi seorang pelajar dalam setiap kelas itu saya tanya tanpa seorang pun yang terlepas.

Macam-macam jawapan saya terima. Ada yang kata faham semuanya. Ada yang kata selalunya faham. Ada pula kata faham sikit-sikit. Dan ada juga yang kata kadang-kadang faham, kadang-kadang tidak faham.

Kepelbagaian jawapan pelajar sebenarnya mengundang satu persoalan yang perlu direnungkan. Semua pelajar menerima pelajaran yang sama dari guru, nota dan penerangan yang sama dari guru, tetapi dapatan atau kefahaman mereka terhadap apa yang disampaikan oleh guru berbeza-beza antara satu sama lain. Kenapa jadi demikian? Bukankah sepatutnya kefahaman juga sama sebab ilmu itu dapat dari sumber yang sama dan dari cara yang sama?

Kita sering menganggap ilmu kita dapat dari guru dan faham juga kita dapat dari guru. Ya, benar, guru menyampaikan ilmu, guru memberikan ilmu tetapi bukan guru yang memberi faham. Sekiranya faham itu adalah dari guru, sudah tentu setiap guru mahu memberikan faham yang sama kepada setiap pelajar. Guru hanya mampu memberikan ilmu yang sama kepada setiap pelajar. Tetapi setiap pelajar dapat faham yang berbeza-beza.

Hakikatnya, faham adalah dari Allah. Ianya merupakan satu anugerah dari Ilahi diberikan kepada siapa yang dikehendaki apabila syarat untuk mendapat anugerah dipenuhi. Maka mohonlah dianugerahkan kefahaman dariNya, sama ada dalam ilmu dunia mahupun ilmu agama.

Rasulullah s.a.w bersabda : “Siapa yang Allah kehendaki kebaikan yang besar baginya di akhirat, maka dia akan diberi faham tentang agama.”

Ya, ilmu dicari, faham dianugerah.

Betulkan niat belajar dan jaga adab dengan guru, insyaAllah Dia akan anugerahkan kefahaman kepada kita.

images2

Posted on August 24, 2014, in My Side Stories. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: