Panduan Menulis Kerja Projek 2014

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera,

Berikut saya berikan panduan menulis kerja projek Matematik Tambahan 2014 bagi para pelajar tingkatan lima :

1. Kerja projek hendaklah dibuat dalam bentuk folio.

2. Pada bahagian cover hadapan, letakkan :

a. nama sekolah,
b. lambang sekolah,
c. tajuk kerja projek,
d. nama pelajar mengikut kad pengenalan,
e. nombor kad pengenalan,
f. kelas.

3. Topik kerja projek hendaklah meliputi sekurang-kurangnya perkara berikut :

i. Kandungan (content) :
Pelajar menulis tajuk dan muka surat.

ii. Pengenalan (introduction) :
Pelajar menghurai pengenalan yang berkaitan dengan tugasan.

iii.Mentakrif Masalah (task specification) :
Pelajar menyatakan maklumat yang diberi, menyatakan hasil yang dikehendaki dan menulisnya dalam bentuk ayat matematik.

iv. Penyelesaian (solution) :
Pelajar menyelesaikan masalah/menjawab soalan yang diberi dalam kerja projek. Bahagikan penyelesaian anda kepada Bahagian 1, Bahagian 2, Bahagian 3 dan Penerokaan Lanjutan seperti yang terdapat dalam soalan kerja projek.

v. Kesimpulan (conclusion) :
Pelajar menulis kesimpulan menyeluruh mengenai kerja projek.

vi. Refleksi (reflection) :
Pelajar menjawab soalan bahagian refleksi pada kerja projek.

vii.Lampiran (attachment) :
Pelajar melampirkan gambar atau apa-apa yang berkaitan, jika ada.

viii.Rubrik :
Lampirkan rubrik pada muka surat akhir kerja projek.

Sila rujuk juga Panduan Umum menulis kerja projek pada halaman Kerja Projek 2014 dalam blog ini.

Usahakan yang terbaik agar dapat hasil yang baik juga.

Posted on May 29, 2014, in Matematik Tambahan. Bookmark the permalink. 12 Comments.

  1. Salam Cikgu. Kerja Projek ini mesti dalam Bahasa Melayu?

  2. selamat sejahtera cikgu..vektor kalkulus dan vektor sama kah cikgu?

  3. selamat sejahtera cikgu. Penerokaan lanjutan perlu masukkan dalam mentakrif masalah kah?

    • selamat sejahtera cikgu.pengenalan dan mengenalpasti masalah sama kah cikgu?

      • Oh, itu dua perkara yang berbeza. Ada saya jelaskan setiap satu sewaktu kelas tambahan.

    • Ya, perlu. Cerita secara ringkas apa yang perlu dibuat.

      • selamat pagi cikgu. saya kurang faham dalam part pengenlan. cikgu ada jelaskan dan cikgu ada juga mengatakan kita perlu masukkan objektif dan huraian semua projek, tapi bukan huraian sdh dijelaskan dalam mentakrif masalah.

      • Objektif pd pengenalan. Huraian ringkas dlm mentakrif masalah.

  4. selamat sejahtera cikgu. mentakrif masalah, kita kena menghuraikan soalan @ menyatakan bagaimana hendak menyelesaikan soalan @ berikan definisi soalan sahaja?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: