Keputusan SPM 2013 : Mengejar Kecemerlangan Dunia, Memburu Kebahagiaan Akhirat

My side stories :

images

MasyaAllah, agak sukar juga untuk menulis my side stories kali ini. Lazimnya ketika menulis saya bukan sahaja mempersembahkan fakta, tetapi juga menyatakan pandangan dan perasaan tentang perkara yang saya tulis. Entah mengapa, kali ini pandangan dan perasaan dirasa terlalu peribadi untuk dikongsi. Mungkin kerana gara-gara insiden yang berlaku pada minggu awal peperiksaan SPM 2013 … ketika ramai pelajar bergembira dengan kertas-kertas awal sedang saya bersedih dan menahan sebak di dada melihat keadaan, … masih segar dalam ingatan saya. Sama sekali bukan silap pelajar, tetapi kesilapan mereka-mereka yang mencari keunggulan dunia sehingga terlepas pandang soal prinsip-prinsip akhlak mulia.

Kembali kepada perkara fakta … keputusan SPM 2013. Peratus lulus 95%. 7 orang pelajar mendapat semua A dalam semua matapelajaran yang mereka ambil. 42 orang pelajar tersenarai sebagai pelajar cemerlang, iaitu mendapat sekurang-kurangnya 6A. 14 matapelajaran pula mencatat keputusan lulus 100%. Kualiti keputusan secara keseluruhan juga menunjukkan peningkatan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Khusus bagi Matematik Tambahan pula , peratus lulus kali ini ialah 96.33%. Ini merupakan satu catatan yang baik, mengatasi jangkaan dan ramalan awal saya. Batch 2013 telah mencatat satu rekod baru, meninggalkan satu rekod keputusan Matematik Tambahan yang paling sukar untuk ditumbangkan oleh batch yang akan datang. Ya, sukar, tetapi bukan mustahil🙂. Adalah menjadi impian saya sebelum meninggalkan Maktab Sabah untuk melihat pelajarnya lulus 100% Matematik Tambahan dalam SPM.

Di sini sukalah saya merakamkan ucapan tahniah kepada semua pelajar yang telah lulus peperiksaan SPM 2013. Setinggi-tinggi tahniah juga kepada yang mendapat keputusan cemerlang. Mudah-mudahan ilmu yang diperoleh memberi manfaat kepada anda di dunia dan di akhirat🙂

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang khusus kepada ayah seorang pelajar 5 Mutiara, Wan Nabilah, yang telah menunggu sehingga jam 1.20 pm untuk berjumpa dengan saya. Minta maaf banyak-banyak kelas saya padat hari keputusan SPM 2013 dikeluarkan. Tak sempat nak menjenguk ke dewan. Walaupun hanya berpeluang berbicara singkat, namun kesanggupan tuan untuk menunggu dan bertemu memberi makna yang sangat besar kepada saya sebagai seorang pendidik. Tahniah juga kepada Wan Nabilah sendiri yang merupakan salah seorang pelajar cemerlang yang telah mendapat 10A. SMS anda sempena hari jadi saya tempoh hari “… cikgu telah mengubah diri saya…” memberi suatu impak pada saya. Terima kasih.

Terima kasih juga kepada semua pelajar yang telah menghantar SMS pada hari keputusan dikeluarkan. Saya memohon maaf banyak-banyak kerana tidak memberikan respon segera. Saya terlupa menghidupkan semula handphone setelah mematikannya ketika masuk kelas. Sudah tengah malam baru saya tersedar handphone saya masih off. Tak sampai hati pula mahu respon tengah-tengah malam. Saya tunggu hingga awal pagi.

Terlupa menghidupkan handphone atau mengaktifkannya semula dari silent mode sudah semakin kerap berlaku pada saya. Huhu! Mungkin faktor usia. Saya sudah kurang minat berkepit dengan handphone. Kurang minat membelek-belek fb. Kurang minat dengan makanan . Kurang minat menonton tv. Kurang minat itu, kurang minat ini. Ditambah lagi dengan keadaaan apabila anak-anak sudah besar dan dewasa, apabila anak-anak sudah ada yang bekerja dan berdikari, apabila anak-anak sudah ada yang masuk usia perkahwinan, apabila ijazah sudah dimiliki, apabila kereta untuk bergerak ke sana sini sudah dimiliki, apabila rumah tempat berteduh sudah dimiliki, apabila sudah ada sedikit pangkat dan secebis harta … aaaaaaah! … apabila dunia yang dikejar seperti semuanya sudah ada dalam genggaman … tumpuan mula beralih kepada kehidupan yang abadi di sana nanti. Amat aneh … dunia yang awalnya dikejar dan diburu dengan bersungguh-sungguh, akhirnya mahu dilepaskan juga, mahu diberi pada orang lain.

Kepada batch 2013, teruskanlah perjuangan mengejar segulung ijazah. Kemudian usahakan mendapat pekerjaan yang baik-baik yang memberi manfaat kepada diri dan orang lain. Apabila tiba masanya, binalah keluarga berlandaskan taqwa. Semua itu perlu untuk kesejahteraan kehidupan kita di dunia. Tetapi jangan lupa akan sampai suatu ketika, kehidupan anda dan saya akan berakhir. Ijazah, keluarga, pangkat dan harta semua akan ditinggalkan, dimanfaatkan oleh mereka yang masih hidup. Maka jangan lupa menjadikan dunia tempat kita bercucuk tanam untuk menuai hasilnya di akhirat nanti. Tiket masuk ke syurga bukan ijazah dan pangkat kita di dunia, tetapi taqwa dan amal soleh.

Kecemerlangan dunia kita kejar sungguh-sungguh, kebahagiaan akhirat kita buru bermati-matian. Teruskan langkah perjuangan, batch 2013. Jangan leka dengan keputusan SPM anda yang baru lalu. Sesungguhnya perjalanan anda masih jauh dan semakin berliku. InsyaAllah, doa saya akan terus mengiringi anda😉

Posted on March 29, 2014, in My Side Stories. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: