Ilmu Perlu Kita Datangi

My side stories :

20140316_112333

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

Emm! Gambar di atas? Ya, mungkin ada yang tertanya-tanya apa cerita di sebalik gambar ini.

Sebenarnya lukisan itu saya dapat ketika saya memeriksa kertas Ujian Setara 1 tingkatan 5 bagi sebuah kelas. Subjek Matematik Tambahan. Dilukis pada muka surat terakhir kertas jawapan seorang pelajar. Pertama kali dalam sejarah saya sebagai seorang guru mendapat contengan seperti itu pada kertas jawapan ujian/peperiksaan subjek saya. Pada awalnya reaksi saya agak bercampur … tetapi akhirnya saya mengukir senyum apabila pelajar perempuan yang membuat contengan luahan perasaan ini mendapat markah tertinggi dalam kelasnya untuk subjek Matematik Tambahan dalam ujian kali ini. Ya, saya yakin seperti dalam lukisan itulah yang ramai pelajar rasa ketika menjawab kertas Matematik Tambahan. Apa pun, jangan conteng lagi ya. Saya faham perasaan anda🙂.

Keputusan Ujian Setara 1 tingkatan 5 kali ini begitu memberansangkan. Berikut saya senaraikan pelajar-pelajar yang mendapat markah 70% ke atas (susunan tak mengikut tertib menaik atau menurun ya):

5 Mutiara :
01. Aidel Safwan Nawawi
02. Adellie Dompok
03. Amer Zhorif Alimuddin
04. Cayenne Lee Kar Yann
05. Mohd. Nur Azmin Rayman
06. O’Dell Obrian
07. Nurul Syafiqah Suria
08. Sheeda Mastura Mohd. Hafiz
09. Michael Calvin
10. Dg. Nadhirah Abdul Gahni
11. Fara Suehanna Mohd. Safani

5 Aman :
01. Sayuthi S.
02. Mohd. Shafiee Mohd. Ghazali
03. Mohd. Malikee Mohd. Ghazali
04. Muhammad Afif Abdullah
05. Idayu Mumtaz Iskandar
06. Farzana

5 Makmur :
01. Aiman Akmal Bismillah
02. Maznah Amirah Mohd. Amin
03. Nurhidayah Roslan

Peratus lulus juga menunjukkan peningkatan bagi ketiga-tiga kelas. Tahniah kepada 5 Mutiara dengan peratus lulus tertinggi, iaitu 80%.

Saya lihat ramai pelajar tingkatan 5 tahun ini sudah mula bekerja keras sejak awal tahun lagi. Sejak bulan Januari lagi sudah ada pelajar yang datang berjumpa saya bertanya soalan daripada buku model SPM. Saya juga lihat latihan ulangkaji mingguan SKOR SPM turut memberikan impak positif apabila ramai pelajar dapat menjawab soalan 1 – 6 dengan agak baik. Sikap ramai pelajar yang mengambil berat (dipaksa? hehe!) untuk membuat pembetulan untuk setiap kesilapan yang dibuat dalam kerja rumah juga sudah mula menampakkan hasil.

Strategi seterusnya :
Pendekatan p&p pada sukuan pertama tahun ini akan diteruskan sehingga menjelang SPM. Disamping itu, Bengkel Bersiri Matematik Tambahan SPM untuk para pelajar tingkatan 5 juga akan bermula selepas cuti nanti. Program Junior Tutor Matematik Tambahan juga dalam perancangan saya dan akan bermula dalam waktu terdekat. Program ‘Untuk Saya’ juga akan mengambil tempat apabila tiba waktunya nanti.

Saya menyeru kepada semua pelajar tingkatan 5 untuk terus berusaha, bina stamina untuk bergerak hingga ke akhir tahun nanti. Mulai setiap langkah perjuangan dengan Bismillah, iringi ia dengan doa, sudahi ia dengan bertawakkal kepadaNya.

Sesungguhnya ilmu perlu kita datangi, kerana sifatnya ilmu bukan mendatangi kita😉

Posted on March 16, 2014, in My Side Stories. Bookmark the permalink. 3 Comments.

  1. Alhamdulillah :’D
    Terima Kasih cikgu !

  2. QAQ minta maaf sangat2 cikgu !! Saya sepatutnya padam lukisan tu tapi terlupa semasa hendak hantar. Baru teringat -_-; saya takkan ulangi lagi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: