Pakaian = Imej

My side stories :

Tergamam saya ketika menunaikan solat Jumaat beberapa ketika yang lalu.  Sewaktu saya sedang duduk mendengar khutbah Jumaat yang disampaikan, tiba-tiba pakaian t-shirt seorang pemuda yang duduk di saf hadapan saya ‘menarik’ perhatian saya.  Bukan kerana warnanya merah menyala, tetapi kerana perkataan Carlsberg yang tertera pada belakang bajunya, lengkap dengan lambangnya sekali.  Emm!

Hilang sedikit fokus saya pada khutbah.  Fikiran mula melayang cuba menjawab beberapa persoalan …  mengapa pemuda ini memakai baju sedemikian; dari mana dia dapat baju ini; sebagai seorang muslim dia tak rasa apa-apakah memakai baju ini; pemuda ini bekerja di syarikat carlsberg kah … persolan-persoalan yang saya tak dapat jawab.

Terniat di hati saya untuk bersembang dengan pemuda ini selepas solat.  Tetapi fikir punya fikir, saya batalkan niat saya.  Saya berusaha memfokuskan diri kembali mendengar khutbah.

Ya, mungkin sesetengah kita melihat isu pakaian sebagai isu yang kecil sahaja.  Tetapi hakikatnya, pakaian yang kita pakai adalah lambang keperibadian kita dan lambang pemikiran kita.  Kerana pakaian juga, kadang-kadang kita lebih dipandang dan lebih dihormati atau sebaliknya. Jika saya membuat urusan di sesebuah pejabat dengan mengenakan pakaian lengkap berkemeja dan bertali leher,  masyaAllah, layan istimewa diberi pada saya … berbeza sedikit ketika saya membuat urusan dengan memakai t-shirt.  Ini bukan berlaku sekali, tetapi sudah beberapa kali.

Seorang wanita yang memakai jubah lebih terdorong untuk melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan ketika dia mengenakan jubah.  Seseorang yang memakai pakaian sukan lebih terdorong untuk bersukan ketika dia mengenakan pakaian sukan.  Seorang kanak-kanak yang memakai baju superman merasa dirinya seperti superman.  Pakaian mempengaruhi tingkah laku pemakainya.

Pakaian yang kita pakai juga memberi mesej kepada orang lain kerana pakaian adalah syiar.  Kadang-kadang dari pakaian yang dipakai kita tahu agamanya, kadang-kadang kita tahu bangsanya, kadang-kadang kita tahu pekerjaannya, kadang-kadang kita tahu kesukaannya.

Maka jangan pandang ringan soal pakaian.  Pakailah pakaian yang sesuai dengan tempatnya, sesuai dengan masanya.  Apapun yang dipakai, pastikan ianya bersesuaian dengan kehendak syariat.

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.  Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik.” (Al A’raaf : 26)

Saya : Suka pakai t-shirt berkolar lengan panjang🙂

Posted on March 2, 2014, in My Side Stories. Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. comel :3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: