Hanya Kerana Sebuah Beg

My side stories :

Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.  Ingin menghantar seorang sahabat yang akan berangkat balik ke Semenanjung.  Sambil duduk menunggu sahabat yang belum sampai ke lapangan terbang ini lagi, aku membuka tablet membaca berita-berita semasa.

Kemudian lalu di hadapan ku yang kelihatannya seperti sebuah keluarga, terdiri daripada seorang lelaki dewasa (ayah), seorang perempuan dewasa (ibu) dan dan beberapa orang anak kecil.  Masing-masing daripada mereka membawa beg atau menyorong beg beroda.

Tiba-tiba beg yang disorong oleh si anak perempuan yang paling dewasa jatuh rebah tergolek.  Si anak menjerit … satu ‘respon’ terhadap beg yang tergolek.  Si ayah yang berada di hadapan menoleh ke belakang.  Dengan segera si ayah meluru ke arah anak ini.  Tindakan pertama si ayah membangunkan semula beg.  Perkara biasa.  Tetapi apa yang agak mengejutkan aku ialah si ayah kemudian memarahi si anak dengan menggunakan kata-kata yang aku tak faham (orang asing), dan kemudian disusuli dengan tindakan fizikal terhadap si anak.  Si anak cuba mengelak tetapi terkena juga, lalu menangislah ia berlinangan air mata.  Si ayah menggosok-gosok beg yang jatuh tadi, cuba menghilangkan calar-calar pada beg.  Si ibu berkata sesuatu seperti cuba menenangkan keadaan.  Si ayah terus menggosok-gosok beg sambil berkata-kata dengan nada yang keras.  Emmmm!

Aku merasa sedikit geram pada si ayah.  Beg yang disorong oleh si anak memang bersaiz besar sedangkan si anak bersaiz kecil.  Pada pandangan ku memang sukar bagi si anak menyorong beg sebesar itu.  Tetapi sekurang-kurang ia cuba membantu keluarga mengikut yang termampu.  Si ayah marah mungkin kerana beg itu tercalar.  Melihat fizikal luar beg, aku tahu beg itu memang mahal, harga sekitar RM500 seperti yang pernah ku lihat ketika membeli beg dulu.  Beg yang mahal sudah tercalar.  Kerana itulah si ayah marah-marah sambil mengosok-gosok beg.  Itu kesimpulan ku terhadap peristiwa yang baru berlaku di depan mata.

Hanya kerana sebuah beg, si ayah marah-marah.
Hanya kerana sebuah beg, si anak dimarah-marah.
Hanya kerana sebuah beg, si anak dipukul.
Hanya kerana sebuah beg, si anak mengalirkan air mata.
Wah! Betapa berharganya sebuah beg dari anak untuk lelaki ini.

Kita orang lelaki memang rasa susah cari duit. Tetapi tanggungjawab kita bukan setakat cari duit untuk kehidupan, tetapi juga didik keluarga. Dari satu sudut keluarga juga seperti satu harta. Sampai suatu ketika beg akan rosak dan kita juga akan mati. Semua harta akan ditinggalkan. Namun dalam banyak-banyak harta yang ditinggalkan, anak soleh adalah salah satu harta yang paling berharga. Sabda Rasulullah s.a.w. yang mafhumnya :

Apabila seorang manusia mati , putuslah amalan kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain, anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
(Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad)

Maka sayangilah harta anak soleh ini dan usahakan agar kita menjadi anak soleh dan anak-anak kita juga adalah anak-anak yang soleh.

Aku : Kena ingatkan diri beri tugas yang sesuai dengan kemampuan anak.

Posted on January 26, 2014, in My Side Stories. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: