Selamat Tinggal 2013, Ahlan Wa Sahlan 2014

assalamualaikum1_zps328fb016

Hari ini, 1 Januari, hari pertama tahun baru 2014. Syukur alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan menikmati cahaya mentari pagi, masih diberi peluang membuat kebaikan dan beramal soleh menambah timbangan pahala untuk bekalan di akhirat nanti. Malam tadi saya dan keluarga menghabiskan masa di rumah saja, seperti biasa. Malah saya tidur awal, tidur selepas solat Isyaa kerana sudah keletihan dengan aktiviti sebelah siang. Sejak dari kecil ibu bapa saya tidak pernah membawa saya dan adik-adik keluar merai tahun baru dan selama 25 tahun mendirikan rumah tangga tradisi tidak merai tahun baru ini saya teruskan dalam keluarga saya.

Tahun 2013 telah meninggalkan kita. Suka dan duka sudah menjadi lipatan sejarah yang tak dapat diubah lagi. Sekarang kita perlu terus mara ke hadapan, jangan toleh ke belakang lagi kerana kadang-kadang apabila kita menoleh ke belakang akan membuatkan kita merasa sayu dan rindu. Pandanglah ke hadapan kerana ia akan membuatkan kita mengorak langkah dan mengukir senyuman. Peristiwa lalu mengajar, yang di hadapan kita kejar.

Selamat tahun baru kepada semua. Semoga hari ini kita lebih baik dan lebih bertaqwa berbanding semalam.

Posted on January 1, 2014, in Umum. Bookmark the permalink. 3 Comments.

  1. Selamat Tahun Baru juga cikgu!! 😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: