Generasi Z

My side stories :

xyzezact.co

Alkisah :

Baru-baru ini aku membawa keluargaku keluar makan malam. Sebelum keluar, salah seorang anak meminta izin untuk membawa tablet ku dengan alasan ada respon yang ditunggu daripada seorang rakannya melalui laman sosial facebook. Aku izinkan. Ketika sampai di restoran, anak membuka tablet. Selesai urusannya, tablet digunakan pula oleh seorang anak yang lain. Kemudian sekejap-sekejap tablet bertukar tangan. Sekejap guna tablet, sekejap kemudian guna handphone pula. Aku sekadar memerhati gelagat anak-anak tanpa bersuara.

Aku lihat keadaan sekeliling. Di meja hadapan, ada juga pelanggan yang sedang menggunakan tablet. Di satu penjuru restoran pula ada yang sedang asyik dengan telefon bimbitnya. Masing-masing membuat urusan dengan gadget masing-masing, lalu kurang rancak sedikit interaksi dengan orang/rakan semeja. Tiba-tiba terlintas di fikiranku … ‘Generasi Internet’. Emmm!

.

Generasi Z :

generation-z

Mereka-mereka yang lahir bermula pertengahan tahun 1990-an sehingga tahun 2010 dikenali sebagai Generasi Z oleh ahli-ahli psikologi dan sosiologi. Generasi Z juga dikenali sebagai Generasi Internet kerana mempunyai perkaitan yang sangat rapat dengan kemahiran dan penggunaan internet. Aku bukan dari generasi ini … Aku dari Generasi X yang hidup dalam suasana Generasi Z.

Huhu! Ahah! :

Generasi Z hidupnya mesti ada gadget sebab banyak benda boleh dibuat dengan gadget. Generasi X takut-takut dan kekok guna gadget. Takut salah tekan lain jadinya nanti. Huhu!

Generasi Z okey saja sembang-sembang dengan guna gadget. Generasi X lebih selesa berbual-bual dengan bersua muka bertentang mata di rumah atau di warung kopi. Huhu!

Generasi Z main game online dengan kawan-kawan duduk dalam bilik masing-masing tanpa perlu bersua muka, tanpa bicara dan tak perlu keluar peluh. Generasi X main guli, main simban, main hari mahu hujan, main kikik, main bubut-bubut, main masak-masak, main tapok-tapok dengan kawan-kawan keliling rumah. Ahah!

.

index

Mutiaranya :

Zaman berubah dan akan terus berubah. Generasi X diganti dengan Generasi Y. Generasi Y diganti dengan Generasi Z. Dan Generasi Z diganti pula dengan Generasi Alpha. Perbezaan pendapat dan pandangan akan sentiasa berlaku antara generasi kerana masing-masing hidup dalam zaman yang berbeza lalu terbiasa dengan kebiasaan zaman ia dibesarkan. Maka perlu saling memahami antara satu sama lain.

Berlapang dada dengan perbezaan selagi ianya tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Assunnah. Menerima perubahan juga selagi mana ianya tetap di atas landasan Al-Quran dan Assunnah.  Dari generasi mana pun kita, sentiasalah menjadikan Al-Quran dan Assunnah sebagai kayu pengukur mana yang hak dan mana pula yang batil, mana yang baik dan mana pula yang buruk.

Aku : Merasa cabaran besar dalam mendidik anak Generasi Z. Merindui generasi Al-Quran.

Posted on December 21, 2013, in My Side Stories. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: