TRAVELOG TIP OF BORNEO

My side stories :

20131201_100706Indahnya alam ciptaan Allah di Tip of Borneo.

Pada Ahad, 1 Disember 2013, saya dan keluarga berkunjung ke Tip of Borneo, Kudat. Sekadar mengisi masa cuti sekolah yang berbaki sebulan saja lagi. Jalan-jalan melapangkan fikiran sambil menghayati kebesaran Ilahi pencipta alam semesta.

Bertolak jam 7.06 padi dari rumah kami di Bandar Sierra. Perjalanan ke Kudat melalui pekan Tuaran dan Kota Belud. Ketika melalui suatu perkampungan di Kota Belud, saya memberhentikan kereta di siring jalan … memberi laluan kepada anak mengambil makanan di bonet kereta. Ada yang tak sempat sarapan pagi sebelum bertolak tadi. Ditakdirkan kami berhenti berhampiran gerai makanan yang masih tutup ini :

IMG_3512

Ada tak yang menarik perhatian pada gambar di atas? Ya, yang warna biru tu … BSN Ejen Berdaftar. Ini bermakna gerai ini turut menjadi lokasi BSN melakukan beberapa operasi bank di kawasan ini. Ini mungkin janggal bagi kita yang tinggal di bandar yang bank-banknya terletak di bangunan-bangunan batu dan berhawa dingin, dan kena ambil nombor untuk berurusan di kaunter.

Kemudian kami meneruskan perjalanan dan tiba di Tip of Borneo, Tanjung Simpang Mengayau, pada jam 9.56 pagi. 2 jam 50 minit perjalanan kami ke sini dengan panduan selaju 80-90 km/j. Jalan sepanjang ke sini nda berapa baik … banyak bertampal-tampal. Bahaya kalau bawa laju. Berikut sedikit pemandangan di persekitaran Tip of Borneo :

20131201_103936.

 

20131201_095609.

 

IMG_3530.

 

IMG_3573

 

20131201_103315.

Saya sempat merakamkan kedudukan Tip of Borneo ini melalui GPS kereta saya :

20131201_094808Anak panah merah adalah kedudukan kereta saya di Tip of Borneo. Betul-betul di hujung Sabah sudah. Warna biru tu adalah laut.

Bagus juga teknologi GPS ni. Saya menggunakannya untuk memandu arah dari Tip of Borneo ke pekan Kudat kerana beberapa simpang tidak diberi penanda jalan dan penunjuk arah. Jadi guna GPS supaya tak tersesat, alhamdulillah.

Di persekitaran Tip of Borneo ini sudah ada homestay. Mudahlah bagi mereka yang ingin bermalam di sini. Surau pun ada.

Setelah lebih kurang sejam di Tip of Borneo, kami bertolak ke pekan Kudat. Makan tengah hari di sana dan kemudian solat di Masjid Asyakirin. Jarak dari rumah saya ke sini ialah 166.8 km mengikut bacaan meter kereta. Jadi boleh jamak dan qasar sebab lebih sudah dari dua marhalah.

IMG_3590Perkarangan Masjid Asyakirin.

Selesai solat, kami bertolak balik ke Kota Kinabalu. Dalam perjalanan menyinggah juga di gerai-gerai siring jalan. Beli keropok ubi (usahawan tempatan), jagung bakar dan kacang panggang Kudat. Kacang panggang Kudat ini istimewa sebab ia dipanggang menggunakan pasir. Kalau ke Kudat mesti beli kacang panggang ni ya. Susah nak jumpa di tempat lain.

Tribulasi dalam perjalanan pulang … kami merempuh banjir kilat di Bandar Sierra. Rupa-rupanya di KK hujan lebat. Jalan jem sangat. Dilatih bersabar. Preve terpaksa meredah air yang tingginya hampir sekaki. Alhamdulillah, selamat.

Setiap perjalanan saya mengambil gambar. Gambar diambil untuk kenangan dan catatan perjalanan hidup yang ada pengajarannya. Kadang-kadang pengajaran kita sedar sekarang, dan kadang-kadang pengajaran kita sedar kemudian.  Dalam usia yang sudah menjangkau 46 ini, saya tidak tahu bila lagi akan ke sini. Mungkin juga sudah tidak berpeluang ke sini lagi…

Pengajaran penting dalam menikmati keindahan alam, kita sepatutnya merasakan ini (peringatan untuk diri sendiri) :

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, serta pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal…”
(Ali ‘Imran : 190)

Posted on December 3, 2013, in My Side Stories. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: