Mereka Datang & Pergi

My side stories.

Ketika mengemaskini fail-fail dalam komputer, aku menemui fail gambar dan folder emel. Ada fail gambar lama. Ada fail gambar baru. Ada emel lama. Ada emel baru. Aku renung setiap gambar, membaca hampir semua emel.

Ada di antara gambar-gambar itu membuatkan aku tertanya-tanya di manakah sudah mereka yang berada di dalam gambar? Di manakah sudah si pengirim emel? Sihatkah mereka? Bahagiakah mereka ketika ini? Apakah yang mereka buat sekarang?

Ada di antara gambar-gambar dan emel itu membuatkan aku senyum … teringat memori indah bersama mereka. Dan ada pula di antara gambar-gambar itu membuatkan aku menangis … rindu.

5 Sains 1983Bergambar bersama rakan sekelas Tingkatan 5 Sains tahun 1983. Aku sudah lupa nama dua orang pelajar lelaki kelas ini dan hanya ingat/kenal dua orang pelajar perempuan kelas ini. Gambar 30 tahun dahulu.

Satu-satunya folder gambar yang membuatkan aku mengalirkan air mata ialah ketika melihat folder gambar arwah ayah. Gambar ketika ayah sudah tak sihat, gambar ketika ayah koma di hospital, gambar ketika raya terakhir bersama ayah. Aku rindu sangat dengan manusia yang sangat besar maknanya dalam hidup ku ini.

Kemudian aku menyedari hakikat kehidupan :

Orang-orang di sekeliling kita sentiasa datang dan pergi. Kaum keluarga, ibu bapa, anak-anak, jiran tetangga, rakan sekelas, rakan seperjuangan, rakan sekerja, pelajar tersayang … mereka datang dan pergi atas sebab yang ditakdirkan. Orang-orang yang kita rapat dan sudah lama bersama kita suatu hari nanti akan meninggalkan kita atau kita terpaksa meninggalkan mereka. Orang-orang yang asalnya tak dikenal tiba-tiba muncul dalam episod kehidupan kita, mewarnai kehidupan kita.  Maka hargailah pertemuan dan iringilah perpisahan dengan doa.

Posted on November 27, 2013, in My Side Stories. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: