Saya juga sedih …

My side stories.

Khamis, 31 Oktober 2013, pelajar-pelajar tingkatan lima Maktab Sabah mula mengemas kelas dan menyusun meja sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM.  Sebagai salah seorang AJK Unit Peperiksaan,  aku melakukan pemantauan dari kelas ke kelas bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

Sambil bertugas, aku berusaha memulakan cerita dengan beberapa orang pelajar setiap kali aku masuk ke kelas membuat pemantauan.  Sekadar menghilangkan tekanan, sekadar menghilangkan … huhu!

Kemudian ketika aku menjengah ke sebuah kelas, tiba-tiba seorang pelajar yang berada bersama seorang rakannya bertanya : “Cikgu nda sedihkah?”.  Beberapa saat aku diam seketika.  Bukan tidak ada jawapan.  Ada jawapan tetapi belum pernah ada pelajar bertanya soalan seperti itu kepada ku.  Belum pernah ada pelajar yang bertanya tentang perasaan ku.  Aku memilih untuk menjawab secara tersirat.  Lalu aku berkata : ” Setiap tahun cikgu alami situasi seperti hari ini.  Pelajar cikgu datang dan pergi”.  Aku kemudian beredar ke kelas lain meneruskan tugas pemantauan dengan perasaan yang sudah diusik.  Huhu!

Sehingga aku balik ke rumah pertanyaan pelajar tadi masih terngiang-ngiang di telinga ku.  Wajah duka dua orang pelajar yang berada ketika aku menjawab soalan itu juga tergambar di fikiran ku.  Renung punya renung, aku mengambil keputusan untuk menghantar SMS kepada dua orang pelajar ini.  Kali ini tidak ada yang tersirat.  Aku berterus terang sejelas-jelasnya.

Aku tidak menjangkakan sebarang respon, namun seorang dari mereka membuat reply SMS.  Cukup mengharukan apabila pelajar ini menulis :

” …… Sy pun sedih sbb lepas ni kami akan hbis skolah.  Kami tdk boleh sda pgi meja cgu utk tnya soalan.  Kami tdk boleh sda dgr suara dr speaker cgu.  Kami tdk boleh sda bg salam dgn cgu.  Sy sedih cgu. ……”

Lebih mengusik jiwa apabila pelajar ini terus menulis :

“…..Moga murid cgu akan dtg lebih baik dr kami…..”

Ya, pelajar cikgu silih berganti.  Maka suka dan duka juga akan mengambil tempat masing-masing.  Aku berbohong jika aku kata aku tak sedih.  Tetapi itulah hakikat yang perlu ku terima setiap tahun … Pelajar datang dan pergi.

Setiap yang bermula akan berakhir.  Setiap pertemuan akan ada penghujungnya.  Ya, tanggal 21 November 2013 sekitar jam 4.30 petang akan berakhirlah era Cikgu Rainul dengan para pelajarnya.  Era Cikgu Rainul perlu berakhir agar para pelajarnya dapat terus bergerak maju ke hadapan.

Ku doakan waktu mendatang lebih cemerlang bagi para pelajar ku.  Kepada yang menulis reply SMS di atas … memang benar tak dapat lagi pergi meja cikgu untuk tanya soalan, tetapi akan ada pensyarah lain tempat bertanya.  Memang benar tak boleh dengar suara lagi dari speaker cikgu, tetapi akan ada pensyarah yang guna pembesar suara ketika berkuliah di dewan besar.  Memang benar tak dapat lagi bagi salam dengan cikgu (I will miss this very very very much), tetapi akan ada pensyarah lain untuk diberi salam.  Semoga akan bertemu dengan pensyarah yang lebih baik dari cikgu ketika melanjutkan pelajaran di menara gading nanti.

Terima kasih di atas memori indah.  Ribuan maaf atas segalanya.

[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=Mirymf-dza8%5D

Posted on November 2, 2013, in My Side Stories. Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. kakak, abang, mun, nana, syifaa-
    kami pelajar babah, dulu, kini, juga kemudian hari.

    dalam hidup kami,
    babah guru dalam setiap penjuru
    penyeri dalam setiap satu hati.

    moga sirnalah duka,
    duhai guru tercinta!
    :*

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: