Travelog Konvo

My side stories.

IMG_3389Dewan Besar, Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

Sekadar berkongsi pengalaman menghadiri konvokesyen anak sulung cikgu.  Catatan ringkas perjalanan kami ke sana …🙂

Jumaat, 25 Oktober 2013 :

.

IMG_3329Sampai awal di KKIA.  Rehat dulu di “Rest & Go” sebelum bertolak ke KLIA.  RM3.00 untuk 9 minit.

Kami bermalam di Kuala Lumpur.  Tinggal di rumah adik ipar cikgu di Pandan Indah.

Sabtu, 26 Oktober 2013 :

Bertolak ke Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) Melaka.

.

IMG_3343Dua beradik menunggu kakak-kakak di Terminal Tasik Bandar Selatan (TBS).

.

IMG_3346Si kakak dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak dan dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai sudah tiba🙂

Setelah semua bertemu di tempat yang dijanjikan ini, kami makan tengah hari di food court TBS sebelum bertolak ke Melaka menaiki coach.  Perjalanan memakan masa hampir dua jam.

Pada waktu malam hari yang sama kami ke Melaka River Cruise…Satu kawasan tarikan pelancong.  Sungai Melaka yang diindahkan.

IMG_3349Menaiki bot di River Cruise.

.

IMG_3354Salah satu pemandangan dari River Cruise.

.

IMG_3375Berselisih dengan bot yang berpatah balik.

.

IMG_3377Lagi pemandangan dari River Cruise.

.

Ahad, 27 Oktober 2013 :

Cikgu menghabiskan sehari suntuk di UTeM, menghadiri majlis konvokesyen.

.

UTEM (101636)-AUmair bin Rainul menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Media Interaktif) dengan kepujian daripada Pro Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

.

IMG_3385Adik-adik tumpang gembira🙂.

.

Isnin, 28 Oktober 2013 :

Menghabis masa di Zoo Melaka.

.

IMG_3400Turut bergambar bersama anak-anak buah.  Anak buah yang di sebelah cikgu tu al-hafiz … hafal satu Al-Quran, alhamdulillah.

.

IMG_3412Zoo Melaka ni luas.  Nda larat mau jalan kaki.  Jadi kami round guna tram.  Bayaran RM5.00 seorang naik tram ni.

.

IMG_3423Inilah haiwan yang cikgu nak tengok sangat bila pergi zoo.  Hehe!

.

IMG_3479Bergambar bersama ular sawa.  Beranikan kami😛.  Spesis ular sawa warna kuning ni hanya terdapat pada nisbah 1 : 10.  Masa pegang ular tu terasa betul kekuatan otot-otot ular ketika ia mahu bergerak.

.

Banyak lagilah gambar-gambar haiwan yang diambil di zoo ni tapi tak perlu upload lah.  Selesai dari zoo, cikgu uruskan pemulangan kereta sewa.  Kemudian waktu malam … makan malam.  Sempat makan durian yang harganya cuma RM5.00 sekilo, makan popia basah (kuih favourite cikgu) dan nasi lemak Melaka.  Berasap kepala cikgu makan nasi lemak ni … pedas bukan main tapi sedap … memang berlemak.  Masakan orang Melaka memang pedas-pedas.  Semua makanan ni dibeli di pasar malam.

Sempat juga makan buah ni :

IMG_3485

Emm! Tahu buah apatu?  Bukan limau.  Inilah buah delima.  Cikgu nda pernah tengok dan nda pernah makan buah ni.  Biasa dengar saja namanya disebut.  First time makanlah ni.  Sedaaaap! Manis rasanya.

Keesokan harinya, Selasa, 29 Oktober 2013 kami berlepas pulang ke Kota Kinabalu.  Bertolak naik coach dari Melaka Sentral jam 8.40 pagi.  Coach ini direct ke KLIA.  Tiba di KLIA hampir jam 11.00 pagi.  Check-in dan kemudian makan tengah hari di food court KLIA.  Flight ke Kota Kinabalu jam 2.05 petang.  Sempat solat jamak dan qosar untuk zohor dan asar di KLIA sebelum naik kapal terbang.

Jauh perjalanan luas pandangan.  Melihat anak berkonvo teringin pula nak sambung belajar.  Umur dah 46.  Masih bolehkah tu? Ya, belum cuba belum tahu🙂

Posted on November 1, 2013, in My Side Stories. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: