Hadiah Terakhir …

My side stories :

Hati berdebar memikirkan hari esok, kerana esok, 17 September 2013, pelajar-pelajar 5 Mutiara, 5 Makmur dan 5 Aman akan bertarung dalam peperiksaan percubaan SPM untuk subjek matematik tambahan.  Perasaan yang cukup janggal kerana biasanya aku biasa-biasa saja setiap kali pelajar-palajar ku mengambil peperiksaan percubaan.  Tetapi kali ini debarannya semacam, persis seperti debaran ku ketika mengiringi pelajar  memasuki bilik peperiksaan sewaktu SPM sebenar setiap tahun. Huhu!

Mungkin juga kerana persiapan kali ini adalah persiapan paling rapi, lalu menjangkakan keputusan terbaik daripada para pelajar.  Aku yakin ketika ini sebahagian besar para pelajar 5 Mutiara, 5 Makmur dan 5 Aman sedang menelaah buku matematik tambahan.  Ya, walaupun subjek ini bukanlah subjek yang paling penting dalam SPM, tetapi subjek ini cukup ‘glamor’ dan mempunyai ‘aura’ yang luar biasa bagi pelajar-pelajar aliran sains.

Aku tidak tahu di manakah para pelajar ku meletakkan nilai pada peperiksaan percubaan matematik tambahan ini sehinggalah tiba-tiba sebentar tadi aku menerima mesej daripada seorang pelajar (sebahagian daripada teks sebenar) :

Salam sir. I won’t be able to sit for the exam tomorrow, I’m sad bcs I looked forward to answering add maths paper ever since exam started.  I caught chickenpox just last night …”

Rasa terkilan dan teruja bercampur aduk ketika menerima mesej ini.  Rasa amat simpati, namun itulah suratan takdir.  Semoga semangat pelajar ini akan terus membara untuk menduduki peperiksaan SPM sebenar nanti.

Bagi ku, peperiksaan percubaan adalah hadiah markah terakhir pelajar tingkatan lima untuk ku.  Sedar tak sedar, sejak tingkatan empat, para pelajar tingkatan lima sudah menghadiahkan tujuh hadiah markah kepada ku dan esok adalah hadiah markah yang kelapan…penutup bagi hadiah markah.  Tidak ada hadiah markah lagi selepas esok.

Gred markah SPM bukan hadiah markah untuk ku.  Ia adalah hadiah untuk pelajar sendiri.  Tetapi senyum dan tangis pelajar ketika melihat slip SPM itulah yang bakal menjadi hadiah untuk ku kenang.

Sama ada pelajar sedar atau tidak, aku juga sering menganggap penghantaran kerja rumah dan tugasan-tugasan merupakan satu lagi bentuk hadiah kepada ku.  Untuk batch ini, aku sudah puas menerima hadiah dengan berbagai-bagai kualiti.

Fail helaian kerja semakin menipis.  Beg tuisyen juga sudah mula dikemas-kemas.  Satu petunjuk kita sudah berada hampir di garisan penamat.  Semuanya akan tamat dalam waktu terdekat. Dan aku mahu mengakhirinya dengan langkah gemilang!

Ya, aku mahu mengakhirinya dengan langkah gemilang! Aku mahu mengakhirinya dengan senyuman riang.  Dan aku mengimpikan untuk menutup segalanya dengan bersujud syukur kepadaNya.

Posted on September 16, 2013, in My Side Stories. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: