Tips 2 Kerja Projek : Tiga Sekawan

Min Mod Median
Kumpulan SKM

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan,

Kami dari kumpulan SKM a.k.a Sukatan Kecenderungan Memusat. Kami nak memperkenalkan diri ni. Penting sangat kawan-kawan kenal kami, hehe.

Ahli-ahli statistik selalu jemput kami bertiga ke majlis-majlis mereka. Mereka minta tolong. Jadi kami pun tolonglah setakat yang mampu. Senang hati kami tolong diorang. Manalah tau satu hari nanti kawan-kawan kena buat projek kah, jadi ahli statistik kah, kawan-kawan kena ingat kami tau! Kawan-kawan kena guna kami untuk menganalisis dan mentafsir data tu. Kadang-kadang kawan-kawan kena guna khidmat kami bertiga serentak. Kadang-kadang seorang ja. Kena tengok keadaan. Jadi kawan-kawan kena faham keadaan tu kan supaya dapat buat pilihan yang tepat supaya dapatan kawan-kawan tu suatu yang boleh dipercayai. Betul tak Cikgu Rainul?😛. Nah kan, Cikgu Rainul bilang “Betul, betul, betul!”. Cikgu Rainul tu kami punya bff 😉

Eheh! Macam ‘berkunyanyang’ tia suda. Maklumlah, orang perempuan. Astaghfirullah. Kami perkenalkan dirilah sekarang seorang-seorang, hehe.

.

Mod

Nama saya Eramoda. Panggil saya Mod ja, hihi. Malu. Kalau kawan-kawan nak jumpa saya, senang saja. Kawan-kawan tengok data kawan-kawan tu, tengok yang mana paling kerap keluar, maka itulah saya, si Mod. Kadang-kadang saya ni kembar dua, kembar tigalah, kembar empatlah, berkembar-kembar, tapi tak serupa. Itu bagi data tak terkumpul.

Kalau data kawan-kawan data terkumpul, saya berada dalam bilik, bersembunyi. Malu, hihi. Kawan-kawan kena ambil kunci histogram, tengok bar tertinggi, lukis persilangan, baca nilai di bawah, emm … jumpalah saya di sana. Jangan salah kunci ya kawan-kawan. Salah kunci kawan-kawan jumpa orang lain tu, bukan saya😦. Saya mau jumpa kawan-kawan, okay. Saya tunggu ni.

Saya selalu digunakan oleh orang-orang bisnes. Hari tu kan, pakcik kantin mau tau kuih apa yang patut dia jual. Dia pun buat survey lah. Daripada data yang dia kumpul, dia dapati saya (mod) ialah kuih karipap. Apa lagi dia pun duplicate saya banyak-banyak. Emm, banyak pakcik tu dapat untung. Senang hati saya dapat bantu dia.

.

Median
Hai! Saya pula Nurmedianah. Panggil Median saja. Kalau nak jumpa saya pula, kawan-kawan kena susun data kawan-kawan ikut tertib menaik. Tengok data yang berada di tengah-tengah, itulah saya😉. Kalau yang di tengah terdapat dua data, kena tambah dulu dua-dua data tu, lepas tu bahagi dua, baru jumpa saya. Saya nda boleh wujud berkembar macam si Eramoda. Hanya ada satu Nurmedianah untuk satu set data … cewah! Ini bagi kes data tak terkumpul.

Bagi data terkumpul pula, kawan-kawan kena ambil jalan rumus. Guna jalan ogif pun boleh jumpa saya tu. Cikgu Rainul bilang dia sudah tunjukkan jalan tu semua. Risau sangat dia kalau-kalau ada kawan-kawan yang lupa sudah jalan tu. Kawan-kawan tengok semula nota Cikgu Rainul ya.

Saya selalu dicari bila dalam suatu set data wujud data yang ekstrim. Tahun lalu, si Syafiq disuruh dapatkan data gaji pekerja di Syarikat Melor Bakery. Dia dapati data gaji pekerjanya ialah RM500, RM530, RM510, RM525 dan RM2000. Nah, wujud data ekstrim, RM2000. Jadi si Syafiq nda boleh sudah wakilkan data gaji ni dengan cari min atau panggil si Eramoda. Sayalah yang perlu ke depan untuk tolong. Untuk kes ini saya ialah RM525, data yang berada di tengah-tengah setelah disusun mengikut tertib menaik. Kewujudan data ekstrim adalah gelanggang saya. Dua orang lagi kawan saya nda dapat tolong sangat tu. Ingat ya kawan-kawan, bila wujud data ekstrim, cari saya.

.

Min
Saya pula Li Min Ha. Lebih dikenali sebagai Min. Saya ni ramai peminat, nama macam Korea, rupa pun macam artis Korea, kiut kan? Kononnyalah. Saya ni tak nampak di khalayak ramai, kena lalu jalan berliku sikit, baru jumpa saya. Kawan-kawan kena cari hasil tambah semua data dan kemudian bahagikan dengan bilangan data, emm, baru kita dapat jumpa. Itu bagi data tak terkumpul.

Bagi data terkumpul pula guna jalan rumus. Jangan lupa wakilkan setiap selang kelas dengan titik tengahnya ya. Cikgu Rainul bilang dia juga sudah tunjukkan jalan rumus ni setahun lalu.

Jika data bertabur secara simetri atau hampir simetri (seimbang… tidak wujud data ekstrim atau terlalu ramai si Mod), maka saya adalah yang paling sesuai untuk mewakili set data itu. Hari tu kan selepas Ujian Setara 1, Cikgu Rainul pilih saya mewakili markah pelajar untuk subjek matematik tambahan. Gembira saya kerana terpilih tapi pindik saja saya ketika terpilih tu. Cikgu Rainul pun selalu tertanya-tanya bilalah saya mau meninggi ni. Cikgu Rainul bilang kalau jumpa si Min matematik tambahan, mesti pindik-pindik. Kawan-kawan tolonglah tinggikan saya okay😉

Okay kawan-kawan. Sampai di sini dulu. Salam sayang dari kami bertiga … Eramoda, Nurmedianah, Li Min Ha.  Cikgu Rainul pula doakan kawan-kawan agar dipermudahan segala urusan. Dia bilang man jadda wajada😉.

Posted on June 2, 2013, in Matematik Tambahan. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: