Tips 1 Kerja Projek : Bagaimana Membina Jadual Kekerapan

Katakan kita ingin membina jadual kekerapan daripada data markah 32 orang pelajar seperti di bawah dengan penetapan 5 selang kelas.

80, 79, 78, 68, 80, 65, 65, 75, 79, 76,
75, 80, 50, 68, 80, 50, 50, 80, 81, 63,
88, 75, 85, 84, 85, 70, 67, 70, 80, 80,
69, 80.

 

Langkah 1 : Cari julat.

Julat = nilai tertinggi – nilai terendah
= 88 – 50
= 38

 

Langkah 2 : Bahagikan julat dengan bilangan selang kelas yang dikehendaki.

38 ÷ 5
= 7.8
≈ 8 (dibundar kepada nombor bulat yang lebih tinggi)

 

Langkah 3 : Bina had kelas dengan lebar 8. (Nota : 8 ni dapat dari Langkah 2).

Ini bermakna terdapat 8 data dalam satu selang kelas.
Mulakan selang kelas yang pertama dengan nilai terkecil dalam data.
Maka selang kelas yang pertama ialah 50-57.
Selamat kira pakai jari bilangan data dalam selang kelas ni. Cikgu takut nanti ada yang letak selang kelas pertama ialah 50-58.  50-58 ada sembilan data di situ, bukan lapan. So hati-hati ya. Kira pakai jari saja ok.

 

Langkah 4 : Buatkan gundalan

Gundalan dibuat untuk mendapatkan kekerapan bagi setiap selang kelas.

 

Langkah 5 : Maka jadilah begini🙂

Jadual kekerapan

Posted on June 2, 2013, in Matematik Tambahan. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: