Panduan Menulis Laporan Kerja Projek Matematik Tambahan

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera,

Berikut merupakan panduan menulis laporan kerja projek Matematik Tambahan, khusus untuk para pelajar Maktab Sabah, agar memperoleh markah yang baik :

1. Kerja projek hendaklah dibuat dalam bentuk folio, sama ada bertaip atau tulis tangan.

2. Sekiranya ditaip, hendaklah menggunakan tulisan Times New Roman, saiz 12, spacing 1.5.

3. Kerja projek dibuat pada kertas putih bersaiz A4. Hanya cover depan dan belakang dibenarkan menggunakan kertas berwarna lain.

4. Pada bahagian cover hadapan, letakkan :

a. nama sekolah,
b. lambang sekolah,
c. tajuk kerja projek,
d. nama pelajar mengikut kad pengenalan,
e. nombor kad pengenalan,
f. kelas.

5. Topik kerja projek hendaklah meliputi sekurang-kurangnya perkara berikut :

i. Kandungan (content) :
Pelajar menulis tajuk dan muka surat.

ii. Pengenalan (introduction) :
Pelajar menghurai pengenalan yang berkaitan dengan tugasan.

iii.Mentakrif Masalah (task specification) :
Pelajar menyatakan maklumat yang diberi, menyatakan hasil yang dikehendaki dan menulisnya dalam bentuk ayat matematik.

iv. Penyelesaian (solution) :
Pelajar menyelesaikan masalah/menjawab soalan yang diberi dalam kerja projek. Bahagikan penyelesaian anda kepada Bahagian 1, Bahagian 2, Bahagian 3 dan Penerokaan Lanjutan seperti yang terdapat dalam soalan kerja projek.

v. Kesimpulan (conclusion) :
Pelajar menulis kesimpulan menyeluruh mengenai kerja projek.

vi. Refleksi (reflection) :
Pelajar menjawab soalan bahagian refleksi pada kerja projek.

vii.Lampiran (attachment) :
Pelajar melampirkan gambar atau apa-apa yang berkaitan, jika ada.

viii.Rubrik :
Lampirkan rubrik pada muka surat akhir kerja projek.

Cikgu akan tunjukkan contoh laporan kerja projek pelajar-pelajar tahun lepas apabila sekolah dibuka semula nanti.

Usahakan yang terbaik agar dapat hasil yang baik juga.

Man jadda wajada😉

Posted on May 28, 2013, in Matematik Tambahan. Bookmark the permalink. 20 Comments.

  1. Assalamualaikum cikgu~🙂 Part mentakrif masalah tu macam mana cikgu? Saya x berapa faham..

    • Cikgu Rainul

      Wa’alaikum salam.

      Untuk bahagian Mentakrif Masalah, ceritakan saja apa yang perlu dibuat untuk setiap bahagian soalan dan kaedah penyelesaian yang digunakan, jika relevan. Memadai bagi Wana Liyana cerita pentakrifan masalah untuk Bahagian 1, Bahagian 2 dan Bahagian 3 sahaja.

      Berikut contoh penulisan untuk Mentakrif Masalah :

      Pada Bahagian 1, saya diminta untuk menyenaraikan kepentingan menganalisis data dalam kehidupan seharian. Saya juga diminta menyatakan tiga jenis sukatan kecenderungan memusat dan sekurang-kurangnya dua jenis sukatan serakan. Saya melayari internet dan merujuk buku teks untuk mendapatkan jawapan.

      Pada Bahagian 2 pula saya diminta menganalisis data markah peperiksaan. Saya memilih markah ujian Matematik Tambahan kelas saya untuk dianalisis. Saya mencari min, median, mod dan sisihan bagi markah tersebut dengan menggunakan rumus data tak terkumpul pada awalnya. Kemudian data tersebut saya susun dalam bentuk selang kelas. Sekali lagi saya mencari min, median, mod dan sisihan piawai tetapi kali ini dengan menggunakan rumus data terkumpul. Seterusnya saya diminta mengulas dapatan saya ini.

      Pada Bahagian 3 pula, bla bla bla, hehehe…

      Ya, cerita secara ringkas saja. Tidak perlu tunjukkan langkah kerja kerana langkah kerja untuk bahagian Penyelesaian nanti. Juga tidak perlu buat kesimpulan pada bahagian Mentakrif Masalah ini. Kena ingat, bahagian Mentakrif Masalah bukan jawapan untuk soalan dalam kerja projek.

      Boleh tunjukkan draf pada cikgu jika Wana Liyana masih nda pasti. Cikgu bantu betulkan draf jika nda betul.

      Diharap penjelasan dapat membantu🙂

  2. Oooh~ Okay. Saya faham, terima kasih cikgu! ^^

  3. assalamualaikum cikgu… utk bahagian kesimpulan, macam mana tu cikgu? saya kurang faham

    • Cikgu Rainul

      Wa’alaikum salam.

      Bahagian kesimpulan merupakan ulasan dapatan secara keseluruhan. Sebahagian point yang boleh dimasukkan termasuklah :
      a. data dapat dianalisis dan ditafsir dengan menggunakan sukatan kecenderungan memusat dan sukatan serakan,
      b. bagaimana menentukan sukatan kecenderungan memusat yang sesuai,
      c. mengapa Izzuddin membuat pilihan untuk sukatan kecenderungan memusat yang tertentu,
      d. ulas prestasi kelas.
      e. lain-lain yang berkaitan dengan dapatan tugasan.

      Buat dalam bentuk ayat, bukan point ya🙂

  4. assalamualaikum cikgu. untuk rumus yang ditaip, perlukah rumus-rumus itu diset kepada Times New Roman?

  5. assalamualaikum cikgu, untuk bahagian rujukan, bagaimana untuk menulisnya?

    • Wa’alaikum salam. Tuliskan saja nama buku-buku yang dirujuk, alamat website yang dirujuk dan lain-lain.

  6. bhgian pengenalan pulak, mcm mna??

  7. cg ad cth folio taun lpas x sbb sye x brpa phm cmne nk buat folio ni

  8. Assalamualaikum cikgu.. saya ada masalah dalam bahagian nk buat refleksi.. soalan saya minta utk beri ulasan dlm bentuk paling kreatif seperti penggunaan simbol, ilustrasi lukisab atau lirik lagu.. saya kurang faham.. boleh minta tolong jelaskan?

    • Cikgu Rainul

      Wa’alaikum salam. Minta maaf saya juga terlepas pandangan entri yang ini.

      Bahagian refleksi … mimie berikan saja ulasan mimie berkenaan kerja projek. Sebarang ulasan yang rasional adalah diterima. Ulasan inilah yang tak semestinya dibuat dalam bentuk karangan (walaupun boleh). Ia boleh dibuat dalam bentuk lukisan kartun, sajak dan sebagainya.

  9. Cikgu, apa yg perlu sy masukkan dlm refleksi dan konklusi ? Bahagian1 adalah mengenai kepentingan menganalisis data , bahagian 2 sampai 4adalah pengiraan min, mod, median, IQR, n s.d…

  10. kalau type ade markah lebih ke?

    • Untuk pelajar saya, tiada markah lebih untuk yang bertaip. Tetapi ada markah untuk kekemasan. Kalau tulis tangan tetapi kemas juga boleh dapat markah yang baik untuk kekemasan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: