Canopy Walk

My side stories :

(Amaran : Fail gambar bersaiz besar.  Komputer anda mungkin mengambil masa untuk membukanya.  Hehe!)

Cuti sekolah pertengahan penggal pertama hanya seminggu.  Tetapi list kerja yang perlu dibereskan panjang sekali.  Apa pun, aku lupakan semuanya untuk seketika.  Mahu ambil sehari untuk melupakan seketika tentang add maths, tentang sekolah dan tentang kerja.  Perlu keluar dari KK sebab bila berada di KK terfikir tentang kerja.   Akhirnya, berkunjunglah kami ke … lagi.  Tapi kali ini bukan mahu jalan-jalan.  Mahu buat aktiviti fizikal … canopy walk🙂

.

031Canopy walk di Poring, Ranau.

.

Seawal jam 7.16 pagi kami mula bertolak ke Poring, lewat 16 minit daripada waktu yang dirancang sehari sebelumnya.  Lewat sebab ada yang terlewat bangun …hehe! (Bukan aku).

.

009Alamak! Kebakaran hutan? Nda, jalan berkabus saja.  Fenomena biasa kalau ke Ranau. Adeh! Nampak gambar telinga saja ni😛

.

012Jalan masuk ke Air Panas Poring … Diorang buat jalan baru suda ni.

.

023Until death do us apart🙂.  Doakan kami sama-sama dapat masuk syurga FirdausNya.

.

027Posing seketika dalam perjalanan ke canopy walk.  Emaknya nda sanggup ikut.

.

026Siput yang dijumpai pada laluan ke canopy walk.  Saiz siput ni sebenarnya lebih kurang tiga kali saiz siput yang biasa kita jumpa di KK.  Sihat-sihat siput di sini.  Tentu sebab siput di sini kurang stress😀.

.

028Subhanallah … Kebesaran Ilahi.  Pokok ini batangnya sebesar tiga pemeluk orang dewasa.  Tinggi menegak dan daun-daunnya unik.  Juga ditemui dalam perjalanan ke canopy walk.

.

029Sampai sudah di starting point.  Kapus-kapus kitani dibuatnya eh kan sampai ka mari. Rehat dulu …

.

045Cabaran bermula (kunun)

.

033Happy nampak.  Tapi perjalanan masih jauh.

.

036Emm! Mungkin saja bergambar kali terakhir di canopy walk😦.  But it is ok.

.

037Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu😉

.

057Air terjun yang terletak 400m dari canopy walk.

.

065Sejuk eh airnya …

.

068MasyaAllah … Tenangnya dikelilingi rimbunan hijau dan nyanyian air sungai yang mengalir.

.

077Lorong pergi-balik ke air terjun.

.

Semasa canopy walk dan di air terjun ni sempat berkenalan dengan sekumpulan rombongan dari Terengganu yang menghadiri kenduri perkahwinan di Sabah.  Aku cuma pandang dan senyum saja, akhirnya salam diberi lalu disambut.  Juga berkenalan dengan keluarga India dari Kuala Lumpur.  Juga senyum, akhirnya sama-sama angguk kepala lalu berbual.  Senang pula aku senyum bila di Ranau ni.  Kena latih selalu ni.  Tolong doakan ya.

.

087Makan tengah hari di Anjung Selera, Ranau.  “Nda mau.  Kak Nana diet”😉

.

098Masjik Jamek, Kundasang.  Tempat persinggahan yang biasa untuk menunaikan kewajipan apabila berkunjung ke sini.

.

Di Masjed Jamek ini aku sempat berkenalan lagi dengan seseorang.  Juga dengan senyum dan memberi salam.  Lalu kami berbual.  Yang ini dari Lahad Datu.  Apa lagi, buka ceritalah tentang Lahad Datu.  Simpati.  Kita doakan mereka ya.

.

105Berehat di Kinabalu Park.  Rancangnya mahu tidur bersandar sekejap sebelum memandu balik KK.  Penat selepas canopy walk. Tapi sudah 10 minit duduk, nda dapat jua tidur.  Sejuk bah tempat duduk tu.  Nda tahan aku.

.

108Ya, bersiap untuk bertolak balik KK dengan Preve.

.

Kali ini aku bertandang ke sini dengan Preve.  November lalu dengan Rusa.  Memang terasa bezanya.  Kali ini 15 minit lebih pantas berbanding dulu.  Aku berpuas hati dengan kestabilan Preve mengambil selekoh, kekuatannya memanjat bukit dengan menggunakan gear turbo dan pecutan ketika memotong.  Namun aku tetap merindui Rusa yang hampir sebelas tahun menabur jasa … menghantar anak-anak ke sekolah, kenderaan mencari rezeki, menghantar pelajar-pelajar Maktab Sabah mewakili sekolah dan lain-lain lagi.  Ya, sesungguhnya :

” Yang baru itu nikmat, yang lama itu berkat”.

Posted on March 26, 2013, in My Side Stories. Bookmark the permalink. 6 Comments.

  1. bila semua ada di kk time raya nanti, kita jalan ramai2 ya?😉

  2. bestnya😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: