Kuasa Dua Nombor Dua Digit Yang Berakhir Dengan 5

Berikut sedikit petunjuk bagaimana mengira secara pantas kuasa dua bagi suatu nombor dua digit yang berakhir dengan 5.

Untuk mendapatkan kuasa dua bagi nombor dua digit yang berakhir dengan 5, ada dua perkara yang perlu diingat :

i.  Jawapan bermula dengan mendarabkan digit pertama dengan digit berikut selepasnya dalam turutan nombor.
ii. Gandingkan 25 kepada hasil darab tadi.

Sebagai contoh, untuk mendapatkan kuasa dua bagi 35, kita darabkan digit pertama (3) dengan digit berikut selepasnya, iaitu 4.  Kemudian gandingkan di hujung jawapan itu dengan 25.        3 x 4 = 12.  Gandingkan 25 menjadi 1225.  Maka 35² = 1225.

Sekarang kita cuba 75².

7 x 8 = 56.

Gandingkan 25 kepada 56 menjadi 5625.

Maka 75² = 5625.

Bagaimana pula 95²?

9 x 10 = 90.

Gandingkan 25 menjadi 9025.

Maka 95² = 9025.

Ingat ya, trick ini hanya untuk mencari kuasa dua nombor dua digit yang berakhir dengan 5.

Selamat mencuba😉

Posted on January 6, 2013, in Info Matematik. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: