Ahlan Wa Sahlan 2013

My Side Stories :

Assalamu’alaikum.

Hari ini 1 Januari 2013.  Sekitar jam 2.00 pagi tadi cikgu sudah terjaga, awal sedikit dari alarm yang disetkan. Bukan untuk meraikan tahun baru, tetapi memang kebiasaan bangun pada waktu tersebut.  Hampir setiap hari, bermula jam 2.00 pagi itulah cikgu mula membereskan apa jua kerja yang perlu dibereskan sehinggalah tiba waktu solat Subuh, sama ada kerja yang melibatkan profesion perguruan, kerja rumah tangga, urus diri dan sebagainya.  Sudah selesa buat ‘operasi’ pada waktu begini.

Malam tadi, berita di tv melaporkan orang ramai di negara kita berkumpul di beberapa lokasi tertentu menunggu detik 12.00 malam, tanda bermulanya tahun baru 2013.  Acara hiburan dan pertunjukan bunga api turut dianjurkan pada lokasi terpilih.  Pada cikgu dan keluarga, malam tahun baru kami di rumah saja, malah tidak diraikan.  Begitulah keadaan keluarga cikgu setiap malam tahun baru.  Tetapi itu tidak pula bermakna setiap kami tidak mempunyai azam baru, atau tidak ada semangat baru, atau tidak ada matlamat baru.  Semuanya ada.  Malah kadang-kadang azam baru itu ditulis lalu ditampal di tempat ‘strategik’ supaya selalu nampak.  Bila selalu nampak akan selalu ingat lalu selalu terdoronglah untuk bertindak.

Sebenarnya apa yang akan berlaku pada tahun 2013 tidak ada suatu kepastian.  Yang ada, kita cuma mampu merancang untuk suatu kejadian. Yang dirancang tidak semestinya akan terjadi.   Kadang-kadang lain yang dirancang lain pula yang terjadi.  Kerana itu dalam merancang dan bertindak, peranan doa juga amat penting sebab kita bukan satu-satunya faktor penentu kejayaan suatu perancangan.  Ada ‘campur tangan’ lain dalam menentukan kejayaan suatu perancangan..

Untuk tahun 2013 ini, cikgu diamanahkan mengajar enam kelas, tiga kelas tingkatan empat dan tiga kelas tingkatan lima.  Semuanya subjek matematik tambahan.  Alhamdulillah, rasanya perancangan p&p untuk tahun 2013 ini adalah yang terbaik berbanding tahun-tahun sebelumnya.  Modul p&p, modul kelas tambahan, latihan pengukuhan sepuluh bab tingkatan 5 dan Ujian Setara 1 tingkatan 4 sudah siap dibuat.  Latihan pengukuhan tingkatan 4 sudah siap 7 daripada 11 bab.  Bakinya akan disiapkan dari hari ke hari.  Dan sekarang sedang menyiapkan Ujian Setara 1 tingkatan 5.

Apa yang perlu diajar, bagaimana untuk mengajar dan apa latihan yang perlu diberi adalah persoalan yang perlu diselesaikan oleh seorang guru.  Tugas pelajar adalah MEMBERIKAN KOMITMEN terhadap apa yang disampaikan oleh guru.  Memberi komitmen mempunyai maksud yang cukup luas untuk dijelaskan.

Yang penting, jika setiap kita memberikan komitmen terhadap apa yang diazamkan dan berdoa, tidak mustahil tahun 2013 ini merupakan tahun yang gemilang untuk kita.

Selamat tahun baru.  Semoga hari ini kita menjadi lebih baik dan lebih bertaqwa berbanding semalam.

Posted on January 1, 2013, in My Side Stories. Bookmark the permalink. 4 Comments.

  1. ee, ndak sudah mun pakai tu e-mail. ndak aktif sudah tu. mun pakai e-mail lain yg bunyi dia matang ckit, hehe :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: