Darab 11 Secara Mental

Assalamu’alaikum.

Untuk entri kali ini, cikgu nak berkongsi satu petua bagaimana mendarabkan suatu nombor dengan 11 secara mental, tanpa menggunakan kalkulator atau pen dan kertas.

Ok. Katakan kita nak mengira

23  x  11

Untuk menyelesaikan masalah ini, tambahkan dua digit tadi, iaitu  2 + 3 = 5, dan letakkan jawapan ini antara 2 dan 3. Maka,

23  x 11 = 253.

Sekarang kita cuba :

54  x 11

Oleh kerana  5 + 4 = 9, maka,

54 x 11 = 594.

Bagaimana pula

81  x 11?

Ya, betul. Jawapannya ialah 891.

Ok. Sekarang kita lihat masalah berikut :

87 X 11

8 + 7 = 15, tetapi jawapannya BUKAN 8157.

Untuk mendapatkan jawapan, seperti tadi, 5 diletakkan antara dua digit itu, tetapi 1 perlu ditambah kepada digit 8 untuk mendapatkan jawapan sebenar, iaitu

87  x 11 = 957.

Sekarang kita cuba

59 x 11

5 + 9 = 14. Maka, 4 diletakkan antara dua digit itu dan 1 ditambah kepada digit 5. Jadi,

59 x 11 = 649.

Kaedah ini bukan sahaja boleh digunakan untuk mendarab nombor dua digit dengan 11, tetapi juga boleh digunakan untuk mendarab nombor yang lebih besar daripada dua digit dengan 11.

Selamat mencuba😉

Posted on December 21, 2012, in Info Matematik. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: