Berkenalan Dengan Sudut :-)

TitikTahukah para pelajar gambar apakah di sebelah tu? Ya. Ia merupakan satu titik bersaiz besar.  Pentingkah titik dalam matematik?  Emm….

 

Bagi ahli matematik, titik ditakrifkan sebagai ‘tempat pertemuan’ atau ‘tempat persilangan’ dua garis. Dalam realiti, jika kita cuba melihat tempat pertemuan dua garis, kita tidak akan nampak apa-apa kerana tempat pertemuan ini tidak mempunyai ukuran panjang, lebar atau tinggi. Tetapi untuk menunjukkan tempat pertemuan, kita buatkan atau simbolkan ia sebagai satu titik di sana.

Satu titik secara solo tidak dapat diukur. Tetapi apabila beberapa titik disusun dalam satu baris dan bersentuhan satu sama lain, mereka akan membentuk sesuatu yang dapat dilihat dan diukur, iaitu satu garis lurus. Ya, itulah konsep garis lurus dalam matematik … Garis lurus ialah satu baris titik-titik yang bersentuhan satu sama lain🙂.

Apabila dua garis bertemu pada satu titik, maka akan terbentuk pula suatu sudut. Jom kita kenali sudut-sudut penting dalam matematik.

Jenis-Jenis Sudut.

1.   Sudut tirus :

Sudut tirus

 

Sudut tirus ialah sudut yang nilainya lebih besar daripada sifar darjah tetapi kurang daripada 90 darjah.

 

2.   Sudut tepat :

Sudut tepat

 

Sudut tepat nilainya tepat 90 darjah. Tidak lebih dan tidak kurang. Mesti tepat, ok?

 

 

3.   Sudut cakah :

Sudut cakah

Sudut cakah nilainya lebih besar daripada 90 darjah tetapi kurang daripada 180 darjah.

 

 

4.   Sudut refleks :

Sudut refleks

 

Sudut refleks pula adalah sudut yang nilainya lebih daripada 180 darjah tetapi kurang daripada 360 darjah.

 

 

Emm! Apabila pertemuan dua garis membentuk sudut refleks, sudut lain pun boleh terbentuk sama. Dan begitu jugalah sebaliknya. Betul tak? Betul! … Cikgu beri satu contoh saja seperti gambar rajah di bawah ni.

Sudut cakah dan sudut refleks

Opps! Jangan lupa. Pertemuan dua garis juga boleh membentuk sudut lurus.

Sudut lurusSudut lurus nilainya tepat 180 darjah. Jarang-jaranglah kita guna istilah sudut lurus ni. Biasanya sebut terus saja sudut 180 darjah kan?

Ok. Cikgu harap tak keliru lagilah apabila nama-nama sudut ni keluar dalam peperiksaan😉

Posted on December 5, 2012, in Info Matematik. Bookmark the permalink. 3 Comments.

  1. Very informative. … tq

  2. Nur ilyana jasmine

    Info yg sangat berguna…..tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: