Ranau … Tenang Dan Damainya Di Sana.

Gunung Kinabalu dilihat dari Pekan Nabalu.

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, minggu lalu cikgu dan keluarga berkesempatan meluangkan masa waktu cuti hujung tahun ini dengan berkunjung ke Ranau, sebuah daerah yang kira-kira 1 jam 45 minit perjalanan menggunakan kereta dari Kota Kinabalu.

Ranau bukanlah sebuah pekan atau bandar untuk membeli-belah.  Apa yang menarik di sini ialah keindahan alam semulajadinya.  Suasana kehijauan, pemandangan lembah sejauh mata memandang, bukit-bukit yang gagah tercacak, warna-warni pokok bunganya serta suhunya seperti sang mentari yang menyendiri memberikan kedamaian di dalam jiwa.

.

  Salah satu gerai cendera kenangan di Pekan Nabalu.

.

Cactus Garden … Salah satu taman kecil yang terdapat di Rose Garden, Kundasang.

.

Pokok strawberry yang ditanam secara komersial di Rose Garden, Kundasang.

.

War Memorial, Kundasang.

.

Pandangan dari anjung War Memorial, Kundasang.

.

Celyn Resort Kundasang … Tempat cikgu dan keluarga bermalam.

.

Malam yang berkabus lagi sejuk di Celyn Resort.  Celyn Resort terletak atas bukit, 2 km dari jalan utama.  Cikgu terpaksa beberapa kali guna gear satu untuk panjat bukit ke Celyn Resort.

.

Kinabalu View dari Celyn Resort.  Gambar diambil pada jam 6.10 pagi.

.

Valley View dari Celyn Resort.

.

Sebahagian dari persekitaran Celyn Resort.

.

Sungai Moroli, Ranau … Tempat yang anak-anak cikgu nak pergi sangat bila ke Ranau.  Sebabnya?  Tak lain dan tak bukan, ikan-ikan yang ada di sungai tu.

.

Ikan-ikan yang jinak di Sungai Moroli, Ranau.

.

Selepas ke Sungai Moroli, kami berangkat balik ke KK.  Dalam perjalanan balik, singgah juga ke gerai-gerai buah di tepi jalan.  Kebetulan musim raja buah baru bermula.  Satu kilo RM7 – RM8.  Mangga madu pun ada.  Puas hatilah dengan kualiti buah-buah di Ranau.

Kalau nak tenang-tenangkan fikiran dan membebaskan diri dari kesibukan kota, Ranau memang tempat yang sesuai untuk dituju.  Biasanya cikgu ke sini sekali dalam tempoh 2-3 tahun.

InsyaAllah, destinasi berikutnya cadang-cadang nak ke Kudat pula🙂

Posted on November 23, 2012, in Umum. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: