Kenangan Indah Bersama 5M, 5A, 5K 2012

Kenangan bersama 5 Kerjasama, 5 Aman dan 5 Makmur.  Biarlah slideshow dan gambar-gambar ini memulakan ceritanya ….

Slideshow berikut adalah gambar-gambar yang diambil dalam berbagai ketika, terutamanya waktu-waktu terakhir p&p matematik tambahan, kelas tambahan sebelah malam dan juga p&p hari Ahad di rumah cikgu.  Boleh klik pada slideshow untuk menu🙂

This slideshow requires JavaScript.

Gambar-gambar istimewa :

Bersama puteri-puteri 5 Aman 2012 (p&p terakhir)

Puteri-puteri 5 Kerjasama 2012 (p&p terakhir)

Puteri-puteri 5 Makmur 2012 (p&p terakhir)

Putera-putera 5 Makmur 2012 yang hadir pada p&p yang terakhir.

Putera-putera 5 Aman 2012 pada sesi terakhir p&p.

Putera-putera 5 Kerjasama 2012 pada p&p yang terakhir.  Paling ramai ni🙂

Gambar yang berikut ini pula cukup istimewa sebab lain dari yang lain.  Peace …. Rasanya inilah juga gambar pertama cikgu buat peace ketika bergambar bersama pelajar😀.  Nda pernah buat sebelum ni. Moga-moga puteri-puteri di sana sentiasa dalam kedamaian dan menjadi wanita yang solehah .

Peace to you🙂

Gambar berikut … huhu!

Gambar ini ditujukan khusus kepada yang telah memberi komen bertulis pada cikgu “Saya akan merindui senyuman cikgu yang jarang dilihat” (teks sebenar).  Nda apa kalau nda ingat senyuman cikgu, tetapi yang tertulis di papan tulis tu kena ingat sekurang-kurangnya untuk 1-2 tahun lagi🙂

Kepada 5 Makmur, 5 Kerjasama dan 5 Aman 2012,  terima kasih atas kerjasama yang diberikan.  Terima kasih kerana berusaha memberikan yang terbaik.  Terima kasih kerana bertoleransi di atas kelemahan-kelemahan cikgu.  Maaf di atas segala kekurangan.  Maaf jika ada hati yang terguris kerana jeritan cikgu.

Dua tahun kita harungi bersama.  Sekarang sudah sampai di penghujungnya.  Cikgu hanya diizinkan mengiringi kamu sampai di sini.  Kamu sudah perlu masuk ke medan tempur.  Berjuanglah dengan penuh semangat.  Doa cikgu mengiringi kamu semua.  Semoga cemerlang semuanya!

Posted on November 1, 2012, in Umum. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: