Cuti-Cuti Raya Haji

Khamis, 25 Oktober 2012 – Balik Labuan:

Emm! Raya Haji tahun ni, cikgu putuskan balik ke Labuan, kampung kelahiran cikgu. Bukan kebiasaan bagi cikgu balik kampung pada hari raya haji. Tetapi kebetulan cuti raya haji kali ni panjang sikit. Sebab pertama nak balik mahu ziarah ibu yang semakin uzur. Sebab kedua, release tension. Kerja-kerja sekolah terlalu mencengkam dalam dua bulan terakhir ini. Semakin tension apabila memikirkan keputusan peperiksaan Percubaan SPM dan peperiksaan akhir tahun tingkatan empat bagi subjek add maths.  Kadang-kadang terasa seperti cikgu sudah hilang sentuhan untuk subjek ini. Huhu! Perlu muhasabah diri. Perlu ‘lari’ dari Kota Kinabalu untuk seketika.

Jam 6.00 pagi sudah bertolak dari rumah. Sampai di Menumbok hampir jam 9.30 pagi. Journey ni biasanya ambil masa sekitar 2 jam setengah saja. Tapi kali ni 3 jam setengah sebab singgah bank kirim duit melalui ATM kepada 2 orang anak yang nda balik beraya dan singgah juga di Putatan untuk breakfast. Isteri dan seorang daripada 3 orang anak yang ikut, nda ikut minum. Puasa sunat 9 Zulhijjah.

Menunggu speed boat di terminal di Menumbok.

Dalam speed boat bersama isteri.

Jumaat, 26 Oktober 2012 – Hari Raya Haji:

Hari Raya Haji tahun ni jatuh hari Jumaat. Jam 7.10 pagi, cikgu bawa isteri, anak-anak dan ibu cikgu pergi ke masjid untuk solat sunat aidiladha. Sunat bawa isteri dan anak-anak dengar khutbah hari raya sekalipun mereka uzur. Rupa-rupanya ibu sudah lama tidak ke masjid, iaitu sejak ayah cikgu meninggal dunia dua tahun lalu. Teruja ibu ketika cikgu mengajaknya solat sunat hari raya ni. Ibu terpaksa membawa kerusi lipat untuk solat kerana sudah tidak dapat solat berdiri atau solat duduk di lantai.

Selesai solat, ziarah kubur ayah atas permintaan ibu. Tiada bacaan yaasin di sana kerana ia bukan amalan Nabi dan tidak pernah juga diamalkan oleh para sahabat Nabi membaca yaasin di perkuburan. Cikgu sekadar membaca doa untuk arwah ayah dan diaminkan oleh ibu, isteri dan anak-anak.

Adik-beradik ibu datang ziarah hari raya.

Sabtu, 27 Oktober 2012 – Santai!

Hari Sabtu …shopping! Mahu belanja coklat untuk keenam-enam kelas yang cikgu ajar tahun ni. 9.30 pagi sudah pergi ke Ujana Kewangan, tempat kegemaran cikgu beli coklat. Banyak pilihan di sana.

Sebelah petang pula … ke pantai. Cikgu dan anak-anak suka ke pantai bila balik Labuan. Kali ni ibu cikgu ikut sekali. Happy nampak ibu cikgu🙂

Satu sudut Pantai Layang-Layangan Labuan.

Bersama anak ketiga yang sedang bercuti sebulan🙂

Menconteng pantai … aktiviti kegemaran anak-anak cikgu. Hehe!

Munira bersama umminya.

Ahad, 28 Oktober 2012 – Balik KK:

Hari ni balik KK. Naik speed boat dari Labuan. Sama seperti ke Labuan pada Khamis lalu, juga naik speed boat. Kalau nda biasa naik speed boat memang rasa takut sebab sepanjang perjalanan di laut tu memang nda stabil. Bot sentiasa terhentak-hentak dan rasa macam terhuyung-hayang. Tapi kalau sudah biasa, semua tu rasa ok ja. Tambang speed boat RM15.00 satu hala. Lebih mahal berbanding naik feri Labuan-Menumbok tetapi terpantas. Cuma ambil masa 25 minit dari Labuan ke Menumbok.

Menunggu speed boat di Terminal Labuan.

Isteri dan anak-anak mahu masuk sudah dalam speed boat.

Masuk speed boat kena dari ‘pintu’ depan.

Alternatif lain Labuan-Menumbok dan sebaliknya ialah guna feri yang besar tu.

Dalam perjalanan balik, tiba-tiba jalan jadi sesak di satu kawasan di Kinarut. Cikgu ingatkan ada accident. Rupa-rupanya orang pergi majlis perkahwinan. Rumah pengantin siring jalan. Jadi kereta-kereta pun terpaksa parking siring jalan.

Sesak di salah satu jalan di Kinarut.

Sebut tentang kahwin ni, cikgu galakkan anak-anak cikgu kahwin awal. Cikgu dan isteri berkahwin ketika kami berusia 22 tahun. Masih belajar di universiti ketika tu. Berkahwin awal bukan pula bermakna sudah perlu cari pasangan hidup ketika di bangku sekolah lagi. Cikgu sendiri larang anak-anak cikgu berbuat demikian.

Jika anak-anak cikgu berkahwin nanti, cikgu mahu akad nikahnya dibuat di masjid, seperti cikgu dulu, dibuat di Masjid Crinjila di Australia. Bersanding? Huhuhu! No! No! No!. Banyak sebab untuk ‘No’ tu. Babah dan ummi nda bersanding pun. Ok ja sampai sekarang🙂.

Sebelum sampai ke rumah, singgah dulu makan tengah hari di Alam Mesra. Tahu isteri nda larat untuk masak sebab letih ba journey ni. Yang memandu ni pun letih, physically and mentally.

Makan tengah hari di Alam Mesra.

Sampai rumah hampir jam 1.00pm. Kemas beg, mandi untuk segarkan badan, solat dan kemudian tidur…kepenatan. Esok, Isnin, 29 Oktober 2012, kembali semula ke sekolah. Emm! Sudah refresh ni.  Moga-moga semua urusan esok dipermudahkan dan diberkatiNya.

Untuk cuti sekolah hujung tahun nanti, isteri sudah ajak ke Kundasang-Ranau.  Ya, cikgu pun suka ke situ.  InsyaAllah, Ranau … Here we come!🙂

Posted on October 28, 2012, in Umum. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: