Harapan Masih Ada …

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera…

Hari ini, Sabtu, 13 Oktober 2012, telah berlangsung program Bicara Akademik di Maktab Sabah.  Program ini merupakan suatu program perbincangan akademik antara ibu bapa pelajar tingkatan lima dengan guru-guru subjek sebelum menjelangnya peperiksaan SPM.

Agak menarik kerana perbincangan kali ini menjurus kepada subjek dan bukan lagi setakat guru kelas memberi sijil Peperiksaan Percubaan SPM 2012 seperti dulu-dulu.  Kaunter-kaunter subjek disediakan dan ibu bapa boleh pergi ke kaunter berkenaan setelah mendapatkan sijil peperiksaan percubaan anak masing-masing.

Program bermula jam 7.30 pagi, dan seawal itulah juga kaunter Matematik Tambahan sudah mula dikunjungi ibu bapa pelajar. Kunjungan yang bertali arus, tanpa putus-putus sehingga cikgu rasa sukar mencari ruang untuk meneguk air.  Program sepatutnya berakhir pada jam 10.30 pagi.  Tetapi pada jam 10.30 pagi itu, masih ada ibu bapa yang menunggu giliran di kaunter cikgu.  Akhirnya, pada jam hampir 11.30 pagi, barulah kaunter Matematik Tambahan dapat ditutup.

Dalam tempoh empat jam perbincangan, cikgu hanya dapat berbincang dengan 48 orang ibu bapa, iaitu sekitar 40% daripada ibu bapa pelajar cikgu dari tiga buah kelas.  Mungkin ada lagi yang mahu berjumpa dan berbincang, tetapi terhalang oleh kekangan masa.  InsyaAllah, cikgu tiada halangan jika ada ibu bapa ingin berjumpa dan berbincang pada waktu lain, sama ada secara bersemuka atau melalui telefon.

Dalam sesi perbincangan, jelas kerisauan sebahagian ibu bapa terhadap prestasi Matematik Tambahan anak masing-masing.  Ada yang bertanya masihkah ada harapan dalam SPM nanti. Satu soalan yang sukar cikgu jawab secara pasti.  Mungkin kerana jawapannya kurang penting pada cikgu.  Kerana apa yang lebih penting pada cikgu ialah bagaimana baki masa yang tinggal tiga minggu sebelum menjelang SPM ini digunakan dan dimanfaatkan oleh pelajar.

Seandainya sisa-sisa waktu yang masih ada ketika di sekolah dan di rumah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, maka bukan mustahil harapan masih ada.  Maka manfaatkanlah baki-baki waktu anda dengan penuh bijaksana dan susuli ia dengan berdoa kepadaNya.

Sesungguhnya Tuhan tak akan mengubah nasib kita selagi kita tidak berusaha mengubah nasib kita.  Selamat Berjuang!

Posted on October 13, 2012, in Umum. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: