Menukar Radian Kepada Darjah Dan Sebaliknya Menggunakan Kalkulator

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

Berikut cikgu berikan sedikit panduan bagaimana menukar radian kepada darjah dan sebaliknya dengan menggunakan kalkulator Casio fx-991MS.

Contoh 1 : Menukar 1.5 radian kepada darjah :

1.  Tekan 1.5

2.  Tekan butang MODE empat kali.

3.  Tekan butang 1 (untuk Deg)

4.  Tekan butang SHIFT.

5.  Tekan butang DRG.

6.  Tekan butang 2.

7.  Tekan butang ‘ =

Akan tertera pada kalkulator anda yang 1.5 rad = 85.94° (Memadai bundarkan jawapan kepada dua tempat perpuluhan).

Contoh 2 : Menukar 120° kepada radian :

1.  Tekan 120.

2.  Tekan butang MODE empat kali.

3.  Tekan butang 2 (untuk Rad).

4.  Tekan butang SHIFT.

5.  Tekan butang DRG.

6.  Tekan butang 1.

7.  Tekan butang ‘ =

Akan terteka pada kalkulator anda yang 120° = 2.094 radian (Dibundarkan kepada 4 angka bererti).

Selamat mencuba😉

Posted on October 7, 2012, in Info Matematik. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: