Semarakkan Ramadhan

Assalamu’alaikum.

Sejak hari pertama puasa lagi sehinggalah hari ini, ketika aku memasuki supermarket dan kedai-kedai tertentu, lagu-lagu raya sudah dikumandangkan.   Para pelanggan sudah dibawa kepada suasana hari raya sejak 1 Ramadhan lagi.  Akhirnya fikiran pelanggan akan lebih terfokus kepada menyambut kedatangan  Syawal berbanding Ramadhan.

Mengingat kisah para sahabat baginda Rasulullah s.a.w., Ramadhan disambut dengan kegembiraan.  Malam dan siang mereka disulami dengan zikrullah dan ibadah kepadaNya.  Keberkatan Ramadhan digarap sepenuhnya.  Kerana itu para sahabat menangis apabila Ramadhan berada di penghujung.  Menangis kerana bulan yang penuh rahmah bakal berlalu pergi.

Mengapa dipasang lagu raya?  Bukannya tidak ada lagu-lagu tentang Ramadhan.  Hari raya tidak mempunyai makna yang besar jika Ramadhan gagal kita semarakkan seperti yang sepatutnya kerana hakikatnya, hari raya adalah hari meraikan kemenangan perjuangan di Bulan Ramadhan.

Semarakkanlah Ramadhan agar hari raya nanti lebih bermakna.

Posted on July 29, 2012, in Umum. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: