4Mu,4M,4A : Tugasan Bab Fungsi

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

Kepada para pelajar 4 Mutiara, 4 Makmur dan 4 Aman, sila klik pautan di bawah untuk memuat turun tugasan bab fungsi anda.

Buat tugasan anda di atas kertas bersaiz A4 yang bergaris.  Tarikh akhir menghantar tugasan ialah pada 17 Februari 2012.

Jangan ragu-ragu untuk bertanya jika timbul permasalahan mengenai tugasan yang diberi🙂.

Harap maklum.

Tugasan : FUNGSI

Posted on February 7, 2012, in Matematik Tambahan. Bookmark the permalink. 13 Comments.

  1. cikgu, boleh buat double-sided?

  2. cikgu, direct tulis answer kan?
    dan nombor 3 b), tata tanda fungsi maksudnya apa, cikgu?

    • Ya, terus tulis langkah kerja tanpa perlu salin soalan.

      Tata tanda fungsi ialah function notation. Contohnya f yang memetakan x kepada 2x ditulis dalam bentuk tata tanda fungsi sebagai f(x)=2x.

  3. cikgu, soalan no. 8.a. sy nda faham macam mana mahu buat. boleh cikgu tolong?

  4. cikgu ? Mcm mana mw buat kerts 2, 1(b)

    • Kita selesaikan begini :

      Objek yang dipetakan kepada dirinya sendiri bermaksud :

      x = g(x)
      Maka x = x^2 – 3x
      0 = x^2 – 3x – x
      x^2 – 4x = 0
      x(x – 4) = 0
      x = 0 atau x = 4

  5. salam cikgu, mcm mna mau buat soalan 24? sy tak brapa fham.

    • Wasalam. Cara menyelesaikan soalan 24 sama seperti soalan 23.

      Buat andaian yang y = (2+3x)/x.

      Dari sini kita akan dapat x = 2/(y-3).

      Kemudian masukkan y dan x ini ke dalam persamaan nm(x)=5-4x, iaitu

      n[(2+3x)/x] = 5-4x.

      Boleh dapat sudah tu fungsi n(x)🙂

  6. Salam cikgu. macam mana mau buat soalan 21, 22 dengan 23 ni? saya tak faham

    • Wasalam. Cikgu ada berikan contoh dalam kelas bagaimana menyelesaikan soalan-soalan seperti ini. Najwa rujuk dulu contoh yang pernah cikgu berikan itu ( dari subtopik fungsi gubahan ). Jumpa cikgu kalau masih tak faham ya🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: