Melangkah Ke Tahun 2012

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera,

Apa khabar para pelajar semua?  Lebih sebulan blog cikgu ini menyepi, maka hari ini blog Sahabat kembali semula menemui pelajar.  Masih mengekalkan matlamat blog yang sama seperti dulu, namun bersesuaian dengan kemunculan tahun baru 2012, sedikit perubahan dibuat dari segi tema dan susun atur.  Halaman (page) Cerita Cikgu dimansuhkan, namun cerita cikgu yang merupakan coretan pengalaman hidup yang sekadarnya itu akan terus tersiar dalam ruang utama dari masa ke semasa, insyaAllah. Halaman soal-jawab (Q&A) dikekalkan bagi membolehkan para pelajar terus bertanya permasalahan kerja rumah dan tugasan matematik tambahan.

Mungkin perubahan kecil ini sekadar rebranding blog, tetapi jika mahu dilihat dari sudut bisnes, rebranding penting bagi membentuk imej yang baru dan menghidupkan suasana baru yang lebih kondusif.  Sebab itu Proton Saga dulu tidak sama bentuknya dengan Proton Saga hari ini.  Kereta Kancil pula sudah diganti dengan Viva.  Honda CRV juga ada beberapa edisi yang berlainan.  Cuba para pelajar bentukkan susunan baru barang-barang di atas meja belajar pelajar di rumah.  Atau susun atur semula bilik tidur pelajar dengan susunan baru.  Apa perasaan yang dapat anda rasa?  Itulah ‘perasaan rebranding‘ tu🙂.

Apabila muncul tahun baru, masing-masing kita sibuk dengan azam yang baru juga.  Apa pun azam kita, ia sewajarnya berdiri di atas dua perkara pokok :

1.  Memperbaiki kelemahan dan kekurangan lalu.

2.  Memperkukuh kekuatan dan kelebihan yang dimiliki.

Tahun baru juga bermakna usia kita semakin bertambah.  Bayi menjadi kanak-kanak.  Kanak-kanak menjadi remaja.  Remaja menjadi belia.  Cukup gembira apabila memikirkan semua ini sehingga kita alpa yang belia itu pula akan menjadi tua yang akhir penghujungnya adalah kematian.  Maka dari sudut lain, pertambahan usia juga bermaksud semakin menghampiri kematian.  Hakikatnya usia kita bukan diukur dengan tahun, tetapi diukur dengan skala yang lebih kecil, iaitu jumlah tarikan dan hembusan nafas kita.  Kehidupan berlaku apabila ada tarikan dan hempusan nafas yang berlaku secara berpasangan.  Tiada siapa dapat tahu berapakah jumlah tarikan dan hembusan nafas yang diperuntukkan oleh Tuhan kepada kita.   Berapakah baki tarikan dan hembusan nafas yang masih tinggal untuk kita?  Memikirkan semua ini mendorong kita untuk berlumba-lumba mengerjakan kebaikan dan takut melakukan kemungkaran.

Adalah diharapkan tahun baru 2012 bukan sahaja akan membawa kita ke arah kecemerlangan akademik, cemerlang PMR, cemerlang SPM, cemerlang STPM, tetapi juga cemerlang akhlak, cemerlang sahsiah, cemerlang ibadah, cemerlang rohani dan cemerlang jasmani.  Kita jelmakan kecemerlangan ini agar di dunia kita bahagia dan di akhirat pula kita selamat sejahtera.

Sesungguhnya Allah cinta kalau salah seorang kamu melakukan sesuatu pekerjaan, ia melakukannya dengan sebaik-baiknya.” (Bukhari)

Selamat Tahun Baru 2012🙂

Posted on January 1, 2012, in Umum. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: