Menangani Fobia Matematik

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera,

Ada di kalangan pelajar yang apabila disebut sahaja pelajaran matematik, akan timbul rasa takut dan rasa susah.  Ini dipanggil fobia matematik.  Namun demikian, dalam beberapa situasi tertentu, semakin kerap anda berusaha menyelesaikan masalah matematik, semakin berkurang rasa takut tadi.  Berikut beberapa petua untuk menangani fobia matematik :

1.   Bisikan kepada diri anda bahawa kemahiran dalam matematik bukanlah kemahiran semulajadi setiap insan sejak lahir.  Kemahiran matematik boleh dibina, dipupuk dan dikembangkan pada setiap diri.  Semua orang mempunyai potensi untuk mahir dalam matematik, tidak terkecuali diri anda.

2.   Berlatih membuat pengiraan asas matematik setiap hari, seperti mengira jumlah perbelanjaan harian, membuat budget perbelanjaan bulanan dan seumpamanya.

3.   Membuat latih tubi dengan kadar yang selesa untuk diri anda.  Latih tubi hendaklah dilakukan secara konsisten dan berjadual.

4.   Mulakan latihan dengan soalan-soalan aras mudah dahulu dan kemudian baru diikuti dengan latihan aras yang lebih tinggi.  Lazimnya soalan-soalan dalam buku-buku latihan matematik telah disusun daripada aras yang mudah kepada aras yang lebih tinggi.

5.   Jangan  berputus asa apabila gagal menyelesaikan suatu soalan matematik.  Rajinkan diri berbincang dengan rakan dan guru apabila ada soalan yang tidak dapat dijawab.  Mereka boleh membimbing anda secara persendirian.

6.   Susuli usaha anda dengan doa dan bertawakkal kepadaNya.

Posted on September 10, 2011, in Info Matematik. Bookmark the permalink. 1 Comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: