Pelajar Bebas Guna Telefon Bimbit

Dipetik dari : Utusan Online

KUALA LUMPUR 20 Feb. – Apa sudah jadi dengan surat pekeliling Kementerian Pelajaran mengenai larangan penggunaan telefon bimbit di sekolah?

Hasil siasatan wartawan Unit Khas Utusan Malaysia di beberapa sekolah di sekitar ibu negara baru-baru ini jelas menunjukkan pekeliling yang kembali dikuatkuasakan pada Mac 2009 itu, tidak dipedulikan oleh para pelajar.

Lebih menghairankan, pihak sekolah dan ibu bapa pula seolah-olah merelakan ia dicabuli.

Rata-rata pelajar yang ditemui memberitahu, mereka sebenarnya membawa telefon bimbit ke sekolah secara curi-curi.

Pada masa yang sama, mereka mengakui bebas melakukan apa saja menggunakan alat telekomunikasi tersebut di dalam kawasan sekolah.

Alasannya, telefon bimbit penting untuk menghubungi ibu bapa apabila perlu atau jika berlaku sebarang kecemasan.

Namun apabila ditanya lebih lanjut, mereka menyatakan, tujuan sebenar membawa telefon bimbit ke sekolah adalah untuk berhubung bersama rakan-rakan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan jarang sekali menggunakannya untuk menghubungi ibu bapa.

Selain itu, mereka menggunakan alat telekomunikasi tersebut untuk mendengar lagu yang telah dimuat turun ketika di dalam kelas atau pada masa terluang.

Paling menyedihkan, mereka turut mendedahkan bahawa ada di kalangan rakan-rakan tidak kira lelaki mahupun perempuan yang menyimpan dan memuat turun gambar atau klip video lucah.

Agak mengejutkan apabila mendapati daripada segi perbelanjaan, mereka menghabiskan kira-kira RM10 ke RM40 sebulan yang diberi oleh ibu bapa bagi tujuan isian semula kredit.

Dalam masa sama, kes kecurian telefon bimbit juga kerap berlaku kerana ada antara mereka memiliki telefon yang canggih dan mahal seperti BlackBerry dan iPhone.

Hakikatnya, tindakan kementerian mengeluarkan larangan tersebut ialah bagi menyekat peningkatan kes-kes disiplin di kalangan pelajar.

Tambah mengejutkan, rata-rata mereka mengakui tidak boleh hidup tanpa telefon bimbit.

‘Ketaksuban’ mereka terhadap alat ini sehinggakan mereka lebih rela tertinggal buku sekolah daripada telefon bimbit.

Malangnya, setelah hampir dua tahun peraturan itu dikuatkuasakan, masalah penyalahgunaan telefon bimbit masih terus diperkatakan dan berleluasa di kalangan pelajar.

Dalam hal ini, siapa yang harus dipersalahkan? Pihak sekolah atau ibu bapa? Atau mungkinkah perkara ini berlaku didorong oleh sikap pelajar sendiri yang sememangnya degil?

[Home]

Posted on February 21, 2011, in Umum. Bookmark the permalink. 5 Comments.

  1. tp cikgu, kalau dia mmg bawa utk call ibubapa? mcmna la tu cikgu? :O

    • Hmmm! Terlalu panjang untuk dibahaskan di sini, Aein. Cuma apa yang dapat disimpulkan di sini, selepas ditimbang tara, melihat kebaikan dan keburukan, keputusan diambil dengan memilih untuk menolak keburukan yang dilihat lebih dominan berbanding kebaikan dalam membawanya.

      • jadi mksudnyaaaaa.. walaupun tujuan km baik, nda ble jua la? cikgu! satu lae soalan! eh.. tapi masi nda ble.. gne ba.. kn dlm article ckp drg muat turun lagu.. jadi drg punya henpon yg mahal2 pnya kn? kalau henpon dya yg nda canggih punya? yg lagu pun polifonik ka apa tu.. haha! masi jua nda ble la tu kn?
        Jadi ending ceritanya ne.. pelajar memang nda ble bawa henpon la kn? haha! tp rsa mcm kalau org putih ble buat, knp kta pun nda ble?:/

        itu jak la.. haha! panjang pula.. xD

  2. assalamualaikum…sekadar pandangan kewajaran menghalang pelajar mmbwa handfon ke sekolah.
    .
    1)wujudnya sikap menunjuk-nunjukkan(sombong) dlm kalangan pelajar kerana telefon mereka ‘canggih’..
    2)sikap ‘materialistik’ wujud dalam diri pelajar yang masih berusia muda.
    3)pelajar yang tidak mempunyai telefon bimbit juga akan berasa tersisih kerana tidak ada teman berbual seperti kawan lain yang mempunyai telefon bimbit..(tidak suma mampu)
    4)wujud gejala kecurian,lucah..ingat,sekolah utk mendidik bukan mengajar keburukan..jadi,jika ada gelajala spt ini..sekolah yg first skali disalahkan..adalah komen2 liar seumpama ini..”apalah sekolah tu,ajar pelajar dia mencuri”..dn lebih teruk dr itu lg..mulut manusia bukan suma mampu ditutup..
    5)sifat berkawan kerana harta..mahu karh kita seorang kawan yg hipokrit?(henfon mhl larh katakan)
    6)Adakah patut kita membebankan guru pula dengan beban baharu, iaitu jd security jaga henfon plajar dan menjadi pegawai penyiasat masalah kecurian telefon bimbit?
    7)sms memang senyap..tp ia mengganggu pnp..plajar akan asyik open mesej,baca,reply..then bila mau blajar?rumah?jgn harap..lg byk dugaan dirumah..n stahu sy..cikgu jg x dibenarkan guna fon tym kelas kn..
    8)masalah public phone..sepa yg rosakkan kalau bkn plajar?n dh jd tggjwb plajar utk mengadukan perkara trsebut ke pihak skolah..agar dapat dibaiki..bukan diam2..pas2 marah..x de guna..

    harap maaf jika terkasar bhasa..nama pun malaysia..free country kan…🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: