Mengorak Langkah

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

Semalam, 31 Disember 2010, telah berlangsung mesyuarat guru pertama untuk sesi persekolahan tahun 2011.  Ianya satu mesyuarat yang sememangnya cikgu nanti-nantikan kerana di dalam mesyuarat inilah diberikan jadual waktu mengajar dan tugas-tugas setiap guru bagi sesi 2011.

Alhamdulillah,  untuk tahun 2011 ini cikgu diberi tugas mengajar enam buah kelas, semuanya subjek matematik tambahan. Tidak ada subjek matematik teras dan tidak ada juga subjek matematik S & T.  Jadi boleh fokus betul-betul kepada matematik tambahan, subjek kegemaran cikgu sejak di bangku sekolah lagi.

Cikgu juga ditugaskan di unit yang baru, di bahagian unit peperiksaan.  Namun terpaksa meninggalkan unit badan pengawas.  Masih menjadi guru penasihat untuk persatuan matematik, kelab karate dan guru kelas.

Dalam mesyuarat semalam, kami turut diperkenalkan dengan guru-guru baru dengan berbagai bidang kepakaran masing-masing, sekitar 8-9 orang semuanya.  Ini tentunya memberikan suntikan baru kepada bidang akademik Maktab Sabah.

Ya, bersempena dengan tahun baru ini, cikgu juga menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama bagi  blog cikgu.  Pertukaran ini dibuat bagi menyahut seruan Kementerian Pelajaran yang mahukan tahun 2010 dan 2011 sebagai tahun ‘soft landing’ pengajaran matematik dan sains dalam Bahasa Malaysia pada tahun 2012 nanti, bermula dengan tingkatan satu dan tingkatan empat.  Perlu sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan bahasa ini.  Masih tiada masalah jika pelajar ingin terus berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dalam blog ini.

Setelah bercuti sekitar enam minggu,  memang rasa tak sabar-sabar mahu ke sekolah semula, mahu mengajar semula.  Arahan telah diberi agar pengajaran dan pembelajaran mesti bermula pada masa kedua, iaitu sebaik sahaja perhimpunan rasmi selesai.  Semoga Maktab Sabah akan terus cemerlang.

InsyaAllah, jumpa Isnin nanti😉.

[Home]

Posted on January 1, 2011, in Umum. Bookmark the permalink. 3 Comments.

  1. Selamat menjalankan tugas cikgu!

    Tertarik dengan pendekatan baru blog ini. Agak susah juga kalau sudah terbiasa menggunakan Bahasa Inggeris. Hehehe 🙂

  2. Tahniah syeikh… Moga aterus bersemangat dan berjaya. Terima kasih di atas segala bantuan dan perkongsian sepanjang saya di MS.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: