Terima Kasih, 5 Makmur 2010

16 November 2010 merupakan hari terakhir persekolahan bagi Maktab Sabah.  Antara perkara yang dilakukan pada hari terakhir ini ialah membersihkan kelas, menyediakan kelas untuk peperiksaan SPM dan STPM dan menyerahkan slip menduduki peperiksaan.

Guru kelas diminta memantau aktiviti membersihkan kelas dan penyediaan kelas untuk peperiksaan.  Sebagai guru kelas Tingkatan 5 Makmur, cikgu memantau aktiviti pembersihan kelas 5 Makmur.  Dalam membantu pelajar membersihkan kelas, terasa di hati yang kelas ini tidak akan dimasuki lagi untuk aktiviti pengajaran. Semua pengajaran rasmi Matematik Tambahan telah berakhir pada minggu sebelumnya lagi …

 

Pelajaran terakhir Matematik Tambahan di kelas 5 Makmur.

 

Kemudian, sekitar jam 1.30 petang, cikgu mula memberikan slip menduduki peperiksaan.  Ucap selamat dan doa diberi kepada setiap pelajar yang mengambil slip.  Sebahagian pelajar 5 Makmur memohon restu.  Demikian juga sebahagian pelajar daripada kelas-kelas yang lain.  Selesai slip diberi, cikgu bergerak menuju ke kereta untuk pulang ke rumah.  Dalam hati berkata : “Done already”.

Ya, done already, maka semuanya sudah menjadi history.  Menjadi guru kelas 5 Makmur 2010 juga adalah historyHistory yang ada sukanya, history yang ada dukanya, dan history yang ada tekanannya … hingga kini.

Suka kerana terpilih menjadi guru kelas bagi salah sebuah kelas yang mempunyai imej yang baik, mempunyai pelajar yang baik-baik, mempunyai pelajar yang mendengar arahan, mempunyai pelajar yang menghormati guru, mempunyai pelajar yang menjaga akademik.

Duka kerana tidak mampu menjadi guru kelas yang diharapkan pelajar, tidak mampu menunjukkan kasih sayang secara terang sekalipun hati ini amat menyayangi kelas ini, tidak mampu mengurus kelas kepada tahap yang terbaik.  Terima kasih di atas coretan luahan hati yang diberi.  Namun ada perkara yang cikgu tak dapat ubah.  Maka terima kasih kerana menerima cikgu seadanya …

Tertekan kerana memimpin kelas yang padanya diletakkan harapan yang tinggi menggunung.  Tertekan kerana memimpin kelas yang semua pihak mengharapkan kelas inilah yang akan mengharumkan nama Maktab Sabah dengan keputusan SPM mereka nanti.  Namun cikgu tahu kelas ini akan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik mengikut kemampuan yang termampu.  Itu sudah memadai untuk cikgu secara peribadi.

Kepada 5 Makmur 2010, dengan rasa bangga dan penuh senyuman di bibir, hakikat diterima bahawa 5 Makmur 2010 adalah kelas cikgu dan anda semua adalah pelajar-pelajar cikgu.  Cikgu akan ingat kelas ini selagi mana Tuhan mengizinkan cikgu untuk terus mengingat.  Semoga cemerlang dalam SPM dan bahagia dalam kehidupan anda.  Terima kasih atas segalanya.  Love you all!

Mr. Ray :-)    

 

5 Makmur sedang memberi komen tentang Matematik Tambahan dan Mr. Ray.

[Home]

Posted on November 22, 2010, in Umum. Bookmark the permalink. 8 Comments.

  1. InsyaAllah, ilmu yang cikgu curahkan kepada kami akan menjadi sebahagian daripada amal jariah yang berkekalan.

    Terima kasih cikgu!🙂

  2. thanks sir atas semua yg cikgu buat tuk kami smua.. semua kenangan d 5 Makmur 2010 akan kami kenang.. smpai skrg, kami masi blm trima yg kami bkn lg murid2 5 Makmur.. thanks for everything sir🙂

  3. Syazann Athirah

    thank u 4 everything sir.. n ur right.. memang banyak kenangan yg susah dilupakan.. eventhough there were good n bad times,, i still think we had d best class teacher we could ever ask for..🙂 i can say 2010 was 1 of d best high school years in my life.. thank u sir 4 all d support u’ve given us..🙂

  4. alamak, cikgu….nangis saya skg ni. maafkan saya cikgu jika saya ada membuat ksilapan dari perbuatan dan percakapan. Saya juga ingin meminta maaf jika saya tidak mcapai apa yang cikgu mengharapkan. Saya bsyukur krana ada cikgu membantu, memimpin dan membimbing kami sewaktu kami form 5. Saya sentiasa akan mengingati segala jasa dan pengorbanan cikgu semata-mata menjadikan kami pelajar yang baik.

  5. sedih pula saya sir… huhu~~ thank you sir.. sanggup ajar saya yang nakal ni… hihihi… saya tau sir sabar2 jak ngan perangai saya.. haha… thank you sir for everything and all the things.. jangan lupa kami ya sir??? hihi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: