Makan Malam Pengawas Perdana 2010

Pada Jumaat, 30 Julai 2010, telah berlangsung Majlis Pengiktirafan dan Jamuan Akhir Tahun Pengawas Perdana Maktab Sabah 2010.  Majlis yang diadakan di Shangri-La Tanjung Aru Beach Hotel telah dirasmikan oleh Yang DiPertua PIBG Maktab Sabah, Puan Fatimah Shara.

Sejak menjadi guru pengawas pada tahun 2007, cikgu tidak pernah terlepas menghadiri jamuan akhir tahun badan pengawas ini.  Malah, inilah satu-satunya jamuan peringkat sekolah yang cikgu katakan pada diri cikgu ‘Mesti Pergi’ setiap kali menerima jemputan rasmi daripada badan pengawas. 

Sepertimana tahun-tahun sebelumnya, jamuan akhir tahun pengawas perdana bukan sahaja cukup teratur, terkawal dan bersopan, malah ianya juga cukup menghiburkan.  Cikgu juga cukup gembira apabila ramai pelajar Muslim tetap memenuhi kewajipan menunaikan solat Maghrib sebelum majlis bermula.  Apa pun keadaan, solat memang tak boleh ditinggalkan.

Cuma tahun ni rasa panik juga sikit … tiba-tiba dipanggil ke pentas lalu disuruh menyanyi.  Aduuuuh!  Ketika di pentas tak boleh ingat sebarang lirik … panik tengok kamera yang banyak dan terfikir suara yang tak sedap.  Terima kasih kepada YDP PIBG yang cuba membantu cikgu di pentas. Sorrylah ya, tak dapat penuhi permintaan.  Mungkin lain kali🙂.

 

Pengawas yang tiba mendaftar diri.

 

Latihan persembahan sebelum majlis bermula.

 

Para dif jemputan kehormat bersama pengarah program dan ketua pelajar.

 

 

Antara guru dan mantan pengawas perdana yang hadir memberi sokongan.

 

Nyanyian daripada pengarah program dan ketua pelajar lelaki.

 

Persembahan ketua pelajar perempuan ni memang mantap🙂

 

‘Persembahan misteri’ daripada tiga orang pengawas tingkatan lima.

 

Persembahan pengawas tingkatan 3 dan tingkatan 4 memang menghiburkan🙂

 

Persembahan daripada pengawas tingkatan 1 dan tingkatan 2.

 

Persembahan bertenaga daripada pengawas tingkatan lima … lain dari yang lain🙂

 

Antara pengawas perdana yang menerima anugerah.  Berbagai anugerah diberikan pada malam itu.

 

Bersama mantan pengawas yang hadir.

 

Tahniah kepada Amirul dan Ruvina selaku pengarah program, juga kepada  AJK pelaksana dan semua anggota badan pengawas perdana yang telah menjayakan majlis ini. Semoga pengawas perdana terus cemerlang !

[Home]

Posted on July 31, 2010, in Umum. Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. punyaalaa bessttt!! sygnya sy teda. rindu2.

  2. wahahahaha… sma la kita … ‘-‘

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: