5 Tertib Terus Berjuang!

Hari ini ketika aku sedang mengajar di Kelas 5 Tertib, tiba-tiba Penolong Kanan Pentadbiran berdiri di hadapan pintu.  Aku telah maklum akan tujuan kehadirannya.  Perbincangan antara kami telah berlaku sehari sebelumnya mengenai Kelas 5 Tertib ini.  Beliau telah menyatakan hasratnya kepadaku untuk bertemu sekejap dengan para pelajar 5 Tertib.

Aku menjemputnya masuk ke kelas.  Beliau masuk, lalu terus bercakap direct to the point.  Setelah menjelaskan belajar Matematik Tambahan bukanlah satu kerugian, beliau mula bertanya berapa orang yang berhasrat untuk mengundur diri daripada subjek ini.  Enam orang mengangkat tangan secara pasti.  Aku hanya memerhatikan wajah-wajah dari tangan-tangan yang ‘tercacak’ ini.

Beliau seterusnya bertanya kenapa ingin berbuat demikian, tetapi soalannya tidak dijawab.  Atau lebih tepat lagi jika aku katakan pelajar tidak mahu menjawab secara terbuka.  Beliau ‘membenarkan’ keadaan itu berlaku, lalu kemudiannya menjelaskan apakah langkah-langkah yang perlu diambil jika terus ingin menggugurkan subjek ini.  Setelah selesai, beliaupun keluar. 

Aku tidak berkata apa-apa.  Pengajaran diteruskan.  Tiada sebarang komen kali ini kerana aku sudah pernah bercakap mengenai perkara ini di dalam kelas ini, kelas 5 Tertib ini.

Sebenarnya, sepanjang aku mengajar Matematik Tambahan pernah beberapa kali pelajar dari kelas 5 Tertib yang terdahulu berjumpa denganku meminta izin untuk menggugurkan subjek ini.  Jawapanku sentiasa konsisten : “Tidak boleh, jangan mengalah.”  Malah pernah seorang ayah pelajar 5 Tertib terdahulu berjumpa denganku meminta anaknya digugurkan daripada mengambil Matematik Tambahan.  Jawapanku tetap sama.  Si ayah kemudiannya meminta aku meramal keputusan SPM anaknya untuk subjek ini.  Aku cuma dapat mengatakan peluangnya untuk lulus tetap ada jika si anak terus berjuang dan berusaha.  Ya, si anak terus berjuang dan berusaha, dan akhirnya mendapat 8E ketika keputusan SPM diumumkan.  Ya, tidak skor, tetapi lulus untuk kali pertama sepanjang si anak belajar Matematik Tambahan ini.

Namun situasi kali ini agak berbeza.  Khusus untuk 5 Tertib 2010 ini, aku cuma meminta pelajar fikir betul-betul sebelum menggugurkan subjek ini.  Tidak banyak pujukan dibuat.  Mungkin kerana untuk pertama kalinya aku dapat melihat sebab yang paling rasional untuk sebahagian mereka berundur daripada subjek ini.  Rasionalnya ada, namun meneruskan juga bukan satu kerugian. 

Apapun, kepada pelajar-pelajar 5 Tertib yang telah mengambil keputusan untuk berundur, didoakan semoga cemerlang dalam SPM nanti.   Dan kepada yang telah membulatkan tekad dan memberanikan diri untuk terus mengambil subjek ini, itu juga bukan satu keputusan yang silap.  InsyaAllah, kita akan gempur subjek ini habis-habisan! Masa masih ada untuk mengatur langkah.  Masa masih ada untuk memperbaiki segala kelemahan. Kita susun strategi untuk mencapai keputusan yang diharapkan.  Cikgu tak akan jemu membantu dan berdoa untuk kamu semua.

Terus berjuang, 5 Tertib!

[Home]

Posted on May 4, 2010, in Matematik Tambahan. Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. im sorry sir😦 saya minta maaf kalau saya buat sir sedih…saya btul2 tdk dpt angkat.saya takut nnt kalau saya dpt result spm saya dpt gagal dlm add math…saya tkt saya akan memalukan ckgu kalau saya gagal.sir adalah ckgu yg terbaik d skola bg saya.sorry kalau saya tlah mmbuat hati ckgu sedi.saya langsung tdk brniat buat gtu..saya akan ingat ckgu slama2nya.

    kwn2 yg lain.kmu truskn la pjuangan kmu dlm add math.jangan la kmu ikut tingkah laku aku yg bodo ini.gud luck:)

  2. 5T student :)

    trima kasih cikgu🙂 kami akan truskan sub addmath ..🙂 kami ttp berjuang ~ trima kasih & minta maaf atas sgalanya ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: