“Are you happy today, teacher?”

Hari ini terasa benar kelainannya daripada hari-hari lain dalam sejarah hidup cikgu.  Dengan kesempatan ini, cikgu ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menghulurkan ucap selamat dan meraikan ulang tahun kelahiran cikgu …

Terima kasih kepada puan pengetua, rakan guru, ibu bapa pelajar dan pelajar Maktab Sabah atas ucapan selamat hari jadi yang diberikan.

Terima kasih kepada semua bekas-bekas pelajar Maktab Sabah yang telah menghantar sms ucap selamat yang bertali arus sejak 12.06 tengah malam lagi.

Terima kasih kepada Badan Pengawas Maktab Sabah yang telah memberikan sebiji kek.

Terima kasih kepada kelas 5 Tertib yang telah menyanyikan lagu Happy Birthday ketika cikgu masuk kelas pagi tadi.  Ini satu kejutan besar pada cikgu.  Walau pun cikgu baru sahaja mula mengajar kelas ini pada tahun ini, namun terasa hubungan begitu dekat dengan mereka.

Dan tak ketinggalan juga ucapan terima kasih kepada kelas cikgu, Kelas 5 Makmur, yang telah meraikan hari jadi cikgu kali ini.  Cikgu memang terperangkap dengan lakonan mantap watak utama oleh Shauni dan Mohd. Hariz, dan kemudian diperkuatkan lagi dengan lakonan Jason Lo.  Terima kasih banyak-banyak atas hadiah yang telah diberikan. 

Ketika sedang enak makan kek di kelas 5 Makmur, tiba-tiba seorang pelajar bertanya : “Are you happy today, teacher?”  Ini membuatkan cikgu tersedar yang sambutan dan ucapan selamat ini diberikan untuk membuatkan cikgu rasa gembira.

Ya, cikgu memang gembira sangat-sangat hari ini atas layanan yang diberikan.  Namun cikgu tetap sedar dengan usia yang semakin tua ini menuntut pula perlunya bertambah matang dalam segalanya.

Terima kasih sekali lagi … I LOVE YOU ALL😉

Posted on March 9, 2010, in Umum. Bookmark the permalink. 6 Comments.

  1. Happy birthday cegu!! semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. miss u so much!

  2. hehehe…hebat leh my lakonan? Hope teacher have a happy upcoming life =D

  3. Teacher . Happy Birthday . Many happy returns~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: