Maulid Rasul … ‘Islam Supermarket’ … Satu Renungan Untuk Diri Sendiri

Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., hari yang lebih dikenali sebagai maulid rasul.  Sebahagian negara umat Islam meraikan hari ini dengan berbagai bentuk majlis dan perayaan, malah negara kita mengisytiharkan maulid rasul sebagai hari cuti umum.   Semua ini dilakukan sebagai tanda membesarkan Rasulullah s.a.w. 

Mengimbas kembali perayaan maulid rasul, ianya telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir.  Walau bagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 atas perintah Perdana Menteri al-Afdal Shahindah.  Masyarakat berhenti merayakannya sehinggalah Al-Ma’moon Al-Bataa’ni memegang kuasa kerajaan. Beliau telah memulakan kembali sambutan maulid rasul ini.

Apabila Kerajaan al-Ayubbiah merampas kuasa, semua perayaan telah dihentikan. Namun demikian, masyarakat tetap merayakannya di kalangan keluarga mereka di dalam rumah. Pada abad ke-7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa’d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen `Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Rasul di Bandar Irbil. Muzafar mengambil berat akan perayaan ini sehingga memerintahkan agar persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dibuat sebaik mungkin.  Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan ini di dalam khemah yang telah didirikan itu.

 Meraikan maulid rasul sewajarnya mengingatkan kita kepada sejauh mana kita berpegang kepada ajaran-ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.  Ajaran yang dibawanya merangkumi semua bidang kehidupan, daripada perkara yang kecil sehinggalah kepada perkara yang besar.  Rasulullah mengajar kita mengenai kepercayaan, mengenai ibadah, mengenai berbagai adab, mengenai akhlak, mengenai pakaian, mengenai makan minum, mengenai pergaulan, mengenai tanggungjawab sebagai ibu dan bapa, mengenai tanggungjawab sebagai anak, mengenai ekonomi, mengenai politik dan sebagainya.  Semuanya diajar dengan bimbingan wahyu daripada Allah, bukan rekaan Muhammad semata-mata.

Maka sebagai tanda keimanan dan cintakan Allah dan Rasul, dalam merai maulid rasul ini sewajarnya ajaran-ajaran yang dibawa oleh Rasul ini dipatuhi dan diikuti keseluruhannya.  Bukan main pilih-pilih …  ajaran yang itu mahu diikuti dan ajaran Rasul yang itu pula mahu ditinggalkan.  Ianya bukan seperti ‘Islam Supermarket’.  Kita masuk supermarket dan kemudian pilih barang yang kita mahu beli sahaja.  Memilih dan menganut Islam bukan seperti itu.  Memilih dan menganut Islam bermakna bersetuju mengikuti semua ajarannya, tanpa pilih-pilih.  Dan kemanisan Islam itu hanya dapat kita rasai apabila keseluruhan ajaran Islam diikuti.

Maka marilah kita raikan maulid rasul ini dengan memuhasabah diri dan memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah s.a.w., kerana Rasulullah s.a.w telah bersabda yang mafhumnya :

“Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali maka Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali, menghapuskan kesalahannya dan mengangkatnya 10 kali darjat”.

Juga sabda Baginda : 

“Orang yang paling hampir kepadaku di hari Qiamat ialah orang yang paling banyak berselawat ke atasku”.

  
Selamat menyambut Maulid Rasul.

Posted on February 26, 2010, in Umum. Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. Nce postout sir.. selamat menyambut Maulid Rasul sir =D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: