Kembali KepadaNya

 

“Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali”       (Surah Al-Baqarah : 156)

 

 Al-Fatihah kepada Cikgu Nurulhuda Abdullah yang telah kembali menemui Penciptanya pada Jumaat, 4 Disember 2009.

Sebelum berpindah ke Pejabat Pelajaran, beliau adalah seorang guru di Maktab Sabah.  Sepanjang mengenali beliau, Cikgu Nurul merupakan seorang guru yang berdedikasi, cukup komited dengan apa jua tugas yang diberikan kepadanya dan mendidik para pelajarnya dengan penuh kasih sayang.

 

Beliau sempat bertugas bersama-sama cikgu di Unit Disiplin Maktab Sabah.  Sepanjang bertugas sebagai guru disiplin, cikgu dapat melihat sifat-sifat keibuannya dalam membimbing dan membetulkan kesilapan pelajar.

Cikgu Nurul jugalah yang telah menyarankan nama cikgu kepada pentadbir sekolah untuk menggantikannya sebagai ketua guru pengawas pada tahun 2007.  Program suai kenal pengawas tahun 2007 di Pantai Tanjung Aru 3 merupakan program terakhir cikgu dan Badan Pengawas bersama-sama dengan Cikgu Nurul.

Mengenali beliau sebagai rakan sekerja, tiada ungkapan lain yang layak untuknya selain menyatakan Cikgu Nurul seorang yang memahami rakan sekerja, tidak pernah lupa memberikan ucapan tahniah jika rakan sekerja mencapai sesuatu kejayaan sekali pun ianya suatu kejayaan yang kecil saja, sentiasa berusaha membantu selagi terdaya untuk membantu, tidak segan untuk bertanya pendapat walau pun pada rakan sekerja yang lebih muda daripadanya, dan sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan rakan sekerja.  Sesungguhnya kehilangan Cikgu Nurul amat cikgu rasai.

Kepada bekas-bekas pelajar Cikgu Nurul, hadiahkanlah Al-Fatihah kepadanya dan manfaatkanlah untuk kebaikan segala ilmu yang telah diajarkannya.  Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham dan memasukkan beliau ke dalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.  Amin.

“Maha suci Allah yang di tanganNyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.  Yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya.  Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun”  (Surah Al-Mulk : 1 -2)

[Home]

Posted on December 5, 2009, in Umum. Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. Teacher,
    Honestly I was taken aback with this post because I’m friends with her two daughters.. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.. Al-Fatihah..

  2. Sesungguhnya pemergian Cikgu Nurul Huda m’rupakn satu k’hilangan bsr bg saya..kerana saya pernah m’jadi anak didik semasa tingkatan 3..Moga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke ats roh beliau…Al-Fatihah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: