Selesai
Akan Diingati Dan Didoakan …
6 Atas Sains 2009
Pada 11 November 2009, berakhirlah secara rasmi pengajaran cikgu di kelas 6 Atas Sains mengikut jadual waktu sebelum mereka menghadapi peperiksaan STPM. Walau bagaimanapun, kelas tambahan untuk mereka akan diadakan pada hari Isnin nanti. Mereka minta 3 jam tu untuk kelas tambahan … bersemangat mereka kan? Tetap berjuang selagi ada ruang untuk berjuang.
Pengajaran di 5 Makmur pula berakhir sehari lebih awal. Mereka meninggalkan cikgu dengan sesuatu yang cukup manis untuk dikenang. Biarlah gambar-gambar berikut bercerita mengenai kedua-dua kelas ini pada akhir pengajaran dan pembelajaran bersama mereka…
Kita mulakan dulu dengan gambar-gambar abang dan kakak dari kelas 6 Atas Sains ya …
Tiga sekawan … mesra satu sama lain.
Belajar berkumpulan … saling bantu membantu.
Antara orang kuat Math T. Yang paling kanan ialah Agnes. Agnes telah bersama kelas cikgu sejak dia di tingkatan 4 Makmur lagi.
6 Atas Sains ni cuma 15 orang pelajar saja. Sewaktu kelas terakhir ini, cuma dua per tiga yang hadir ke sekolah. Yang lain belajar sendiri di rumah agaknya. Jadi tak banyaklah gambar yang dapat diambil.
Berikut ini gambar-gambar 5 Makmur pula. Ada ceritanya yang tersendiri …
5 Makmur 2009 rock! Hehe.
Mantan ketua pelajar lelaki, Nazrin, dan mantan ketua pelajar perempuan, Kimberley, sedang berusaha melakar graf y = tan 2x.
Antara orang kuat Add Maths … Nicole. Tengok pula si Chu Ting di belakang tu … tetap cute walaupun ketika membuat latihan sukar melakar graf tangen, hehe.
Happy moment. Semoga lebih gembira ketika menerima keputusan SPM nanti 🙂
A discussion group at the back … semangat bantu-membantu yang membanggakan cikgu 🙂
Apa yang penolong ketua kelas buat tu … ? Seronok nampak!
Pelajar baru dan pelajar lama berbincang bersama. Dua-dua macam stuck sudah tu, hehe. Masih ada masa untuk bertanya dengan cikgu 🙂
Satu lagi gabungan pelajar baru dan pelajar lama. Don’t worry, both of you will survive 🙂
Mazree dan Adib … mereka ni memang rapat.
Yang dua orang ni pun cuuuuuukup rapat … Ning dan Chu Ting.
Beginilah selalunya suasana pembelajaran di kelas 5 Makmur setiap kali waktu Add Maths. Seronok cikgu!
The birthday girl is here. Semoga gembira selalu Yasmin 🙂
Yang ini cukup sporting, hehe. Thank you Sofea.
Ini sebahagian besar pelajar lelaki 5M. Hai! Ada juga yang berani pegang rotan cikgu ya 🙂
Dan ini pula sebahagian besar pelajar perempuan 5M … Bakal menggegar dengan keputusan SPM mereka bulan Mac tahun depan tu, insyaAllah 🙂
Ada beberapa gambar yang tak dapat dimuatkan sebab … hehehe. Jadi cikgu simpan untuk cikgu sendiri sajalah. Terima kasih kerana memberikan suatu yang manis untuk dikenang 🙂
Okey! Semboyan kedua telah dibunyikan. Seseorang telah turun dari kapal lalu berdiri di tepi pelabuhan, memerhati kapal sambil berdoa. Tugasnya telah selesai. Sauh mula dinaikkan. Bendera perjuangan sudah dikibarkan dengan megah. Cuaca nampak cerah dan laut masih tenang. Dan kapal kelihatan bersedia memulakan pelayarannya …
SIAN RAZZDAN.. SHOULD BE HERE WIT US.. HAHA.