Coretan Khas Untuk 5 Makmur 2009

Di Sini Bermulanya Penutup Bicara …

 

3

Gambar 1

 

1

Gambar 2

 

Dua gambar di atas merupakan sebahagian daripada maklum balas berbentuk lukisan daripada 5 Makmur 2009 apabila cikgu meminta kelas ini memberikan komen terbuka di atas kertas (tanpa perlu menulis nama) mengenai matematik tambahan dan juga mengenai diri cikgu sendiri. 

Gambar 1 mungkin sukar difahami jika tidak membaca penuh apa yang ditulis oleh penulis … penuh dengan kata-kata simbolik.  Terkedu apabila penulis mengatakan : “Teacher’s personality is beyond words“.  Walau bagaimanapun, maaf, kerana cikgu tidak  seperti yang diharapkan.

Gambar 2 pula,  rasa sayu di hati apabila pelukis menggambarkan diri dan rakan-rakan sekelas seperti yang dilukiskan. Sama sekali tidak!.  5M is not like that.  Dan cikgu tidak pernah menganggap 5M seperti itu – ada ‘tanduk’ dan ‘ekor’ ni.  I am okay with you all.  And I think I like to be called “Teacher Ray”.  Tak tahu pula dalam diam ada yang panggil cikgu begitu.  Make it public, next time🙂 .

Banyak lagi komen berbentuk lukisan yang diberi.  Maaflah ya kerana tak dapat memuatkan semuanya di sini.  Tetapi lukisan yang satu ini membuatkan cikgu …😀

 

2

Gambar 3

 

Membaca komen pelukis Gambar 3 ini, cikgu memang tak terkata apa-apa.  I was stunned😉 .

Sebenarnya memberikan peluang kepada pelajar untuk memberi komen terhadap diri cikgu merupakan perkara yang cikgu telah amalkan ketika cikgu menjadi tutor di UMS lagi, pada tahun 1999.  Pada penghujung semester, cikgu akan meminta siswa/siswi memberikan komen terbuka secara bertulis mengenai pendekatan cikgu mengendalikan tutorial.  Tujuannya adalah supaya segala kelemahan diri dapat diperbaiki, manakala kekuatan diri, jika ada, dapat diperkukuhkan.   Kita tidak sempurna, maka perlu mendengar dan menilai pandangan orang lain mengenai diri kita.  Jika pandangannya berasas dan rasional, maka perubahan perlu kita lakukan demi kebaikan diri kita juga.

Cikgu tidak pernah memberikan respon balas terhadap komen yang diberikan.  Tetapi kali ini, setelah membaca berulang kali komen-komen 5M, rasa terpanggil pula untuk berkata sesuatu.

Ada beberapa perkara baru yang cikgu temui ketika membaca komen-komen 5M.  Beberapa perkara yang selama ini cikgu lihat kecil dan remeh, rupa-rupanya cukup bernilai dan memberi kesan besar  kepada sebahagian pelajar 5M.  Biarlah perkara-perkara itu cikgu simpan untuk diri cikgu sendiri. 

Terima kasih di atas segala pujian dan sanjungan yang diberikan.  Terharu apabila ada yang memberikan komen yang cikgu sebagai :”role model“,  “caring“, “the greatest teacher ever“,  “the best teacher“,  “one of my favourite teacher“, “good skill of teaching“,  “… he is amazing, awesome and great man“, “… you’re a star that shines my pathway in the darkness“, dan berbagai-bagai komen lagilah yang sememangnya menyenangkan.  Juga terima kasih khusus kepada yang menulis “Maybe sometimes, I didn’t like you (haha).  But honestly, I love teacher because you have always there for your students“.  Kata-kata ini membuatkan cikgu lama termenung … berfikir dan terus berfikir.

Cuma … maaf, cikgu tidak merasakan diri cikgu seperti itu.  Maaf juga di atas ‘soft voice’ sehingga yang duduk di belakang selalu tak dapat dengar apa yang disampaikan di hadapan.

Dan maaf juga kerana pernah mengatakan “I don’t need your Thank You“.  Cikgu tak tahu rupa-rupanya kata-kata cikgu ini begitu mengguris hati sebahagian pelajar 5M sehinggalah ia dituliskan dalam komen baru-baru ini.  Rasanya, sudah tiba masanya untuk cikgu mendengar semula ucapan beramai-ramai “Thank you, teacher” setiap kali cikgu keluar daripada kelas 5 Makmur ini.

Juga maaf kepada yang menjemput cikgu sebagai tetamu untuk private blog, tetapi cikgu gagal untuk selalu melawat blog-blog berkenaan.  Bukan tak sudi melawat, cuma cikgu tak mampu melawat setiap minggu apatah lagi setiap hari.  Memang cikgu akui jarang melawat blog orang lain, tetapi itu tidak bermakna cikgu tak melawat blog yang cikgu dijemput.  Ada yang cikgu lawat seminggu sekali, ada yang dua minggu sekali, ada yang sebulan sekali dan ada juga yang lebih daripada sebulan baru dilawati lagi.  Kamu akan lebih faham mengapa cikgu bertindak sedemikian jika kamu telah berusia seperti cikgu.  Semua alamat blog berkenaan tetap ada dalam simpanan cikgu. 

5 Makmur,

Setiap permulaan akan ada penghujungnya.  Dan setiap pertemuan akan ada detik perpisahan. Hampir dua tahun kita bersama, kini sudah hampir sampai di penghujung jalan.  SPM bakal menjelang tiba.  Dan selepas SPM nanti, masing-masing akan membawa haluan masing-masing.  Yang dilalui bersama dalam tempoh dua tahun ini akan menjadi suatu kenangan selama mana kita masih mahukan ia mendiami sanubari kita. 

You all are going to leave this school, soon enough 5 Makmureans.  And I am going to stay as long as I am still needed here.  Our life has to go on.  Kamu akan menyambung pelajaran dan cikgu pula akan ditemukan dengan  sekumpulan pelajar baru untuk diajar subjek matematik tambahan yang mencabar ini. Namun, coretan komen kamu akan terus tinggal bersama cikgu, tersimpan bersama coretan – coretan pelajar yang terdahulu … bertahun-tahun terdahulu.  Ianya akan terus disimpan di dalam fail-fail khas, dan akan dibaca apabila rindu melanda…

5 Makmur,

Maka di sini bermulanya penutup bicara …

I will keep all the memories.  I will carry  your smiles and your cries.  Please don’t say Teacher Rainul merajuk dengan 5 Makmur.  Please don’t say I hate you all.  Jika komen pelajar terakhir yang cikgu baca berbunyi begini :

 

scan0001

 

Maka, regardless what others say about you, biarlah dengan rotan dan dengan lukisan ini, cikgu menegaskan bahawa :

 

scan0002

 

5 Makmureans,

Do your very best and then let God do the rest.  Don’t struggle for me because I am happy already as long as you work very hard for your success.  My prayers will always be with you all.  Good luck and  thank you for everything, 5 Makmureans😉

[Home]

Posted on October 31, 2009, in Umum. Bookmark the permalink. 24 Comments.

  1. teacher, i cry while reading ur post.
    we❤ you teacher.

  2. This is so making me emo. I wont miss my school but i will definitely miss teacher.😦

  3. Cikgu, entri kali ini sangat mengharukan.
    Meskipun saya bukan dari kelas 5M, namun saya dapat melihat betapa sayangnya pelajar kelas ini kepada cikgu atas usaha cikgu selama ini.
    Syabas, cikgu.😀

    p/s: Pelajar 5M memang berbakat.. =_=

  4. huhu~ cg buat sya nangis~!!
    I’ll never forget you, Teacher Rainul..

  5. i miss you tcer ray! hehe.

  6. i miss him more =.= wooooo !!!

  7. i miss him more more =.= woohoo!!

  8. hehe, raz, you definitely miss him🙂

    teacher, this entry is very touching, it made me cry. we love you teacher ray😉 we really do :’D
    thnks for the patience you’ve given us for two whole years.

  9. waaa so ketara meh =.= ahaha yeah tis is 1 touching entry alrite ahaha ! awww i didnt get to giv my comments and flattering words😦

  10. When reading this blog, Don’t accompanied by sad song. Made me sad ! I can’t believe that we spend 2 years together and now. Sampainya di penghujung.

    Keep in Touch Teacher ! ; )

  11. the 4th pic really touched me…i oso feel d same way……

  12. betul-betul terharu cikgu…sebelum ni saya fikir cikgu serius betul,tidak ada masa untuk mendengar luahan pelajarnya tapi skrg ni semua difikiran saya saya buang ..insyaAllah walaupun suda tidak berjumpa mungkin saya bole cari cikgu kalau ada benda yang bole dishare..kalau cikgu mau tau saya gelar cikgu,cikgu cikgu sinaran atau the lightning teacher,sbb cikgu selalu bagi petunjuk kepada pelajar tidak kira mana tahapnya…teruskan menyinar cikgu!!!!

  13. lol raz, its VERY ketara haha.

  14. its so sweet…. we ll definately be like dat too next year. ll miss teacher so much…🙂

  15. WWWWUUUUAAAHHHH!!! So sad 2 knw dat im nt gna b in ur tcher’s clas nxt year n so on….huhu….if i cud jz turn 2 da past….huhu…

  16. oopsie!!! wat i mean is tcher ray’s class….hehe…sory….

  17. haha.. ya razz.. know from the sign of =.= …

  18. hello teacher!

    cikgu rainul apa khabar?it’s Ben here, graduate of 5Makmur 2006/2007. Kalau Cikgu masih ingat saya pernah ikut kelas tutorial add math together with Amirah(anak cikgu norain), alya, merelyn, azalea…hope you can still remember me?:D

    anyway it’s kind of surprising you are having your own blog, I happened to bump into Jason(i think he is the current head prefect?) and discovered maktab’s website and saw your blog along with others’ blog too…and nowadays I could see teacher missah and teacher Foong are on facebook too, guess my teachers nowadays are becoming more tech-savvy…

    i think all those notes that you have gotten with regard to this post are the reflection of our thoughts towards you all this while, I think even during my batch we had quiet a similar thinking too, I bet!

    anyway, you have been a great inspiring teacher for all of us and your dedication and passion towards teaching are indeed very impressive. people may say you are cold during teachings,hitting on rattan so fierce fully,and strict of disciplinary wrongdoes, but i guess at the end of the day it’s just a matter of taking up responsibilities and being adhered to it dutifully, and I think it builds up a good commitment towards your teaching life, become more enriching of your teaching life..

    we have a very good memories of having you teaching us of course..I didn’t get A for my add math but I did enjoyed your teaching because I learnt it not for the sake of passing the exams..nowadays my professors are seemingly becoming ignorant of putting their heart on educating the students, kind of hard to find another passionate individual as you nowadays!aha:D

    well i wish you a wonderful year in sabah college, been 3 years of graduating I wish I can see my alma mater again soon!

    With best wishes,
    Ben

    • Hi Ben! How are you? I do remember you, indeed. So surprise to meet you here too.

      Thank you for the compliment even though I don’t deserve it. So many weaknesses to overcome, Ben.

      Also thank you for being a good student. I really had a wonderful moment having tutorial with you all.

      Wishing you happiness and success in your life. Hope to meet you again and soon😉. Take care, Ben.

  19. asalamualikum cigu..
    doakan larh saya yarh cigu.klu ada sbrang kslahan yg pernah sya buat pda cigu hrp cigu dpt maafkan larh.
    sya akn sllu ingat kta2 cigu.
    ‘u dont need 2 be genius in math but only spend more tym with de prblem.
    ‘I can help u but please trust me”

    • Wa’alaikumussalam mujid,

      Jangan risau, cikgu memang doakan dan halalkan semua apa yang telah diajarkan🙂. Mujid pun sentiasalah juga berdoa sehingga keputusan bakal dikeluarkan disamping tetap terus berusaha sehinggalah ke saat akhir. Buatlah yang terbaik dan yang termampu, dan selebihnya kita serahkanlah kepada Allah🙂.

      Don’t leave your paper blank because as long as you write something, meaning there is a HOPE 🙂

  20. Teacher Ray!hahahahahahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: