Komen, Teguran Dan Kritikan Dalam Blog

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca,

Dalam menilai sesuatu perkara atau seseorang, ada kalanya kita terdorong untuk memberikan komen, teguran atau kritikan terbuka terhadap perkara yang dinilai.  Adalah dimaklumi bahawa komen, teguran atau kritikan ini bertujuan untuk memperbaiki keadaan yang sedia ada, atau mempertingkatkan lagi daripada satu keadaan kepada satu keadaan yang lebih baik.

Maka atas kefahaman maksud dan tujuan komen, teguran dan kritikan inilah, semua pembaca blog ini boleh memberikan komen, teguran dan kritikan yang mana komen, teguran dan kritikan itu saya izinkan untuk muncul terus dalam blog ini tanpa melalui tapisan moderator (saya sendiri), walaupun saya mampu untuk memprogramkan semua komen tersebut mesti melalui kelulusan moderator dahulu sebelum disiarkan dalam blog ini, jika saya mahu.  Namun atas sikap berbaik sangka, saya memilih untuk membenarkan semua komen untuk muncul di sini tanpa melalui tapisan pemilik blog.

Namun demikian, sebarang komen, teguran dan kritikan terhadap apa jua yang bersifat:

1.  tidak menunjukkan kematangan,

2.  terlalu emosional berbanding rasional,

3.  tidak mengambil tanggungjawab,

4.  menggunakan bahasa yang terkeluar daripada takrif kesopanan,

maka semua komen, teguran dan kritikan sedemikian akan dipadamkan daripada blog ini kerana ianya tidak bersifat membina dan menyalahi tujuan murni komen, teguran dan kritikan diberi.

Sekian, harap maklum. 

“Budi Bahasa Budaya Kita”

Rainul Hj. Abd. Rauf.

[Home]

Posted on September 30, 2009, in Umum. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: