Selamat Datang Ya Ramadan!

Ramadan datang lagi🙂.  Syurkur kita kerana masih diberi peluang untuk mengecapi bulan Ramadan pada tahun ini, bulan yang penuh rahmah dan barakah.  Amat rugi kalau kita tak mengambil segala peluang yang Allah berikan pada bulan ini.  Laksana seseorang yang ingin diberikan segala kemewahan, tetapi dia menolak begitu saja.  Rugikan?

 

Jika kita berpuasa bersungguh-sungguh, antara anugerah yang menanti ialah :

 1.  Diampunkan dosa yang telah lalu :

 “Barangsiapa berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu” (Hadith riwayat Bukhari).

 2.  Masuk syurga melalui pintu khas :

 Sesungguhnya di syurga ada satu pintu dipanggil Rayyan yang masuk melaluinya pada hari Qiamat orang-orang yang berpuasa dan selain mereka tidak ada seorang pun akan masuk melaluinya.  Dikatakan : Di manakah orang-orang yang berpuasa?  Maka mereka pun bangun (memasukinya) dan tidak memasukinya selain mereka.  Apabila semuanya telah masuk, pintunya dikunci maka tiada lagi orang yang akan memasukinya” (Hadith riwayat Bukhari)

 

Waktu puasa ni, bukan perut kita saja yang berpuasa, lidah dan mulut kita juga perlu dilatih ‘berpuasa’ sebab Nabi kata :

 “Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya maka tiada keperluan baginya meninggalkan makan dan minum kerana Allah” (Hadith riwayat Bukhari).

 

Dalam bulan Ramadan ini, ada beberapa peristiwa penting yang berlaku.  Antaranya :

 1.  Al-Quran diturunkan.

2.  Kewafatan Saiyidina Khadijah r.a, isteri Rasulullah s.a.w.

3.  Perang Badar (17 Ramadan Tahun 2 Hijrah)

4.  Pembukaan Mekah (21 Ramadan Tahun 8 Hijrah)

5.  Kewafatan Fatimah Az-Zahrah r.a. , anak Rasulullah s.a.w.

6.  Kewafatan Saiyidina Aisyah r.a., isteri Rasulullah s.a.w. (Tahun 58 Hijrah).

7.  Pembukaan Universiti Al-Azhar (Tahun 361 Hijrah) – universiti tertua di dunia.

8.  Solahuddin Al-Ayubi menakluki Kota Kuning (15 Ramadan Tahun 584 Hijrah)

 

Selamat menyambut Ramadan dan selamat berpuasa.  Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna bagi kita semua🙂

[Home]

Posted on August 22, 2009, in Umum. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: