Tetamu Istimewa

Cerita ini sepatutnya muncul dalam ruangan My Side Stories.  Tetapi oleh kerana sudah terfikir untuk memuatkan satu cerita lain dalam masa terdekat, maka cikgu mengambil keputusan untuk memuatkan cerita yang duluan berlaku ini di muka utama.

Khamis, 7 Mei 2009, selang seminit dua selepas loceng rehat sesi pertama berbunyi, cikgu menerima mesej ” Hi cikgu! I’m here already.  I come to your office?”.  Tak sempat nak jawab, tiba-tiba sipenghantar sms yang merupakan tetamu istimewa, Gan Li Ean, muncul di depan pintu bilik cikgu dengan senyuman penuh menguntum.  Wah! Sudah empat tahun tak jumpa ex-collegian ini.

gan-li-ean-005

Bersama tetamu istimewa … Gan Li Ean.

Malam sebelum tu Li Ean sudah menghantar mesej kepada cikgu yang dia akan datang untuk berjumpa cikgu esok (hari ini).  Terkejut juga cikgu menerima mesej ini kerana sms antara cikgu dengan Li Ean lazimnya hanya berlaku waktu hari raya dan tahun baru Cina sahaja.  Saling ucap selamat antara satu sama lain sejak empat tahun yang lalu.  Dan setahu cikgu dia berada di KL.  Tetapi nampaknya sekarang dia berada di Kota Kinabalu.

 Setelah menerima mesej tu, cikgu pun beritahu isteri dan anak cikgu yang Li Ean akan datang ke sekolah esok.  Mereka juga kenal Li Ean kerana Li Ean pernah datang ke rumah cikgu bersama ibu bapanya pada hari raya tahun 2004.  Isteri dan anak cikgu juga tahu Li Ean adalah antara pelajar favourite cikgu.   Emmm! Nanti cerita kenapa dia antara yang menjadi favourite ni.

Setelah berjumpa, sempat bertanya khabar satu sama lain.  Li Ean beritahu yang dia telah menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda.  Sempat bekerja sekejap di KL dengan ijazahnya itu (selepas SPM, Li Ean kembali ke KL bersama ibu bapa), dan sekarang akan ke Melbourne, Australia, untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana (master) pula.  Bapanya juga sudah ditukarkan kembali ke Sabah.  Bapa seorang juru terbang dan ibu adalah suri rumah sepenuh masa.  Semasa berbual Li Ean ternampak buku Matematik Tambahan di meja cikgu.  Li Ean kata dia sudah tak berapa ingat  tentang Matematik Tambahan, subjek yang cikgu ajar untuk kelasnya (5B – kelas aliran perakaunan 2004).  It is ok, Li Ean.  You don’t need this subject anymore.

Ok.  Mungkin ramai pelajar Maktab Sabah sekarang tak kenal siapa Li Ean.  Dia sebenarnya adalah pelajar terbaik SPM 2004 Maktab Sabah dengan keputusan 12A.  Li Ean bukan dari kelas 5 Makmur, tetapi dari kelas 5 Bahagia.  Penerima Anugerah Pengetua 2004 (Pelajar Cemerlang), penerima anugerah presiden PTPL 2004, juga penerima anugerah pelajar mithali dan tokoh maulidurrasul kategori bukan Islam 2004 Maktab Sabah.  PMR dan UPSR – semua subjek dapat A juga.

Sikapnya menyenangkan cikgu.  Kerja rumah Matematik Tambahan siap semua, malah selalu buat soalan lebih daripada apa yang cikgu suruh buat.  Pembetulan tidak payah disuruh.  Memang akan buat sendiri.   Setiap kali buat silap, dia pasti akan tanya di mana silap dan kenapa silap.  The process of learning really took place for her. Dan pelajar yang paling kerap berjumpa dengan cikgu di bilik cikgu pada tahun 2004 untuk bertanya Matematik Tambahan ialah Gan Li Ean.  Itu menunjukkan Li Ean bukannya bijak semula jadi untuk Matematik Tambahan.  Tetapi sikap rajin bertanya apa yang dia tidak tahu, membuat latihan yang terancang dan memahami setiap latihan yang diberi membuatkan dia dapat menguasai subjek Matematik Tambahan dengan baik.  Kadang-kadang dia datang lebih awal daripada cikgu ke sekolah.  Dia akan berdiri di pintu bilik cikgu, menunggu cikgu datang untuk bertanya soalan Matematik Tambahan.  Dua tiga kali dalam seminggu memang akan berjumpa pelajar ini di bilik cikgu bertanya Matematik Tambahan.

Pernah sekali ibunya beritahu cikgu, jika Li Ean sakit, dia akan rehat di rumah dan tak hadir ke sekolah.  Tetapi jika hari itu ada Matematik Tambahan, ibunya kata dia akan paksa dirinya ke sekolah juga kerana dia kata hari ini cikgu Rainul akan masuk kelas dan dia mahu belajar Matematik Tambahan.

Pernah seketika sekumpulan pelajar 5B 2004 datang ke bilik cikgu, memohon mengikuti kelas tuisyen cikgu di luar sekolah.  Sekitar 5-6 yang berjumpa ketika itu, termasuk Li Ean.  Ketika seorang demi seorang  bertanya sama ada bersetuju mengambil mereka atau tidak, cikgu kata “Ya”, tetapi bila pelajar yang terakhir bertanya dan dia adalah Li Ean, cikgu kata “Kamu tak perlu ikut kelas tuisyen cikgu.”  Rupa-rupanya kata-kata cikgu ini mengguris hatinya sehingga menyebabkan Li Ean mula menggenangkan air mata.  Melihat keadaan Li Ean ketika itu baru cikgu tersedar.  Memang lain rasanya yang lain diambil sebagai pelajar tuisyen, tiba-tiba seorang yang datang bersama tadi ditolak.  Memang sedihkan?

Setelah tersedar, cikgupun jelaskan kenapa dia tak perlu ikut tuisyen cikgu.  Asas matematiknya agak kukuh, membuat latihan lebih daripada apa yang di suruh dan sangat rajin bertanya.  Maka tak perlulah ikut tuisyen kerana tiada sebab untuk itu.  Pada masa tu cikgu masih ingat yang cikgu nyatakan padanya yang dia pasti boleh dapat A walaupun tak tuisyen sebab sikapnya di atas.  Cikgu cuma minta dia beli sebuah buku yang cikgu rasa sesuai dengan tahapnya (cikgu berikan nama dan penerbit buku itu padanya), buat latihan dalam buku itu dan hantar pada cikgu untuk disemak.  Dia buat apa yang cikgu minta.  Buat semua latihan di situ. Kagum.  Akhirnya Li Ean dapat A1 untuk Matematik Tambahan SPM 2004, tanpa tuisyen di mana-mana, tetapi dengan latihan yang bertimbun yang tersusun dan dengan sikap yang tak pernah jemu bertanya.  Sikap pelajar inilah yang menyebabkan dia menjadi antara pelajar favourite cikgu.

Emmmm.  Setelah berbual lebih kurang 10-15 minit, Li Ean minta diri untuk menyelesaikan urusan lain – mahu mendapatkan majalah sekolah.  Dia mahu menyelesaikan semua urusan pada waktu rehat ini juga.  Selepas hari ini, entah bila dapat berjumpa lagi.  All the best,  Gan Li Ean.

[Home]

Posted on May 8, 2009, in Umum. Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. sya ada nmpk dia at school..
    but didnt knw it was her..
    tchr pernah crita about her to us last year..
    she’s very beautiful..

  2. saya ada juga baca tentang pelajar ini dalam majalh sekolah dulu.
    Saya ingat lagi tu, masa dia ambil keputusan SPM, dia baru pulnag dar melancong tu. .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: